(Video) Kes Bayi Maut Tercampak Dari Axia: Pemandu Kereta Proton Persona Ditahan Polis
29 Mei - Pemandu kereta jenis Proton Persona yang terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Axia yang menyebabkan seorang bayi berusia tiga bulan maut telah ditahan polis, lapor Berita Harian.
Bayi berkenaan maut selepas tercampak dari kereta keluarganya di KM 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, pemandu itu telah ditahan hari ini untuk memabntu siasatan.
"Pemandu terbabit selesai menjalani ujian saringan air kencing dan kita dapati keputusannya negatif. "Selepas ujian air kencing, kita juga ambil spesimen darahnya untuk pemeriksaan ujian dadah dan alkohol di Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.
Tambah Supramaniam lagi, pemandu kereta Axia dan isteri masih berada di Hospital Sungai Buloh.
Video kejadian viral di media sosial hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rd1Mkw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment