Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dorsett Putrajaya Raikan 34 Anak Yatim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dorsett Putrajaya Raikan 34 Anak Yatim

PUTRAJAYA – Dorsett Putrajaya hari ini meraikan 34 kanak-kanak daripada rumah anak yatim angkat mereka Rumah Nur Hikmah, Kajang berbuka puasa dalam program Bismillah Ramadan.

“Tanggungjawab sosial korporat (CSR) sentiasa menjadi sebahagian daripada Dorsett Putrajaya,” kata Pengurus Besar Dorsett Putrajaya dan Suria Mall, Alfred Paulsen dalam ucapannya pada majlis itu.

Majlis berbuka puasa Bismillah Ramadan itu merupakan acara tahunan tanggungjawab sosial korporat Dorsett Putrajaya.

Dorsett Putrajaya dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak itu disajikan dengan lebih daripada 500 hidangan antaranya daging rusa barbeku, ‘shellout’ dan bufet durian.

“Kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 18 tahun juga dibawa membeli-belah untuk baju raya. Mereka juga dapat mendekati haiwan peliharaan seperti kucing dan hamster di Pets Wonderland, Suria Putrajaya Mall,” kata kenyataan itu.

Selain duit raya, kanak-kanak tersebut juga menerima alat permainan untuk pendidikan, alat tulis, buku dan beg cenderahati daripada penaja seperti Fur Mode Boutique, Jombali dan Mamee Sdn Bhd. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxoZkj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.