Bayi maut tercampak: Polis kesan `pemilik' video
HULU SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video kemalangan di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di laman Facebook, semalam.
Video berdurasi 34 saat itu yang menjadi viral menunjukkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta PROTON Persona menghimpit sebuah kereta PERODUA Axia di lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, menurut laporan yang diterima polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata setakat ini, hanya seorang mangsa tampil membuat laporan berhubung kemalangan terbabit. "Setakat ini, hanya pemandu kereta PROTON Pesona membuat laporan.
Pemandu PERODUA Axia berada di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana masih trauma selepas kejadian itu," katanya. Supramaniam berkata, pihak polis masih menyiasat kejadian ini dan berharap tiada spekulasi yang berlaku kerana akan mengganggu siasatan mereka.
Kemalangan yang berlaku semalam, menyebabkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.
Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di HSB.
Sumber: bharian
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxyyQB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment