Periuk GoShop meletup ketika live, barang tak berkualiti?(Video)
Periuk GoShop meletup
SIAPA yang tidak kenal dengan rancangan membeli-belah, Go Shop yang sememangnya destinasi membeli belah di mana anda boleh membeli 24 jam sehari, 7 hari seminggu menerusi talian sahaja.
Go Shop menampilkan ciri-ciri yang berlainan dari online shopping yang lain kerana selain promosi dan penjualan produk, Go Shop juga ada menyiarkan demonstrasi untuk produk-produk yang dijual yang dibawakan oleh pengacara tempatan.
Namun apa yang mengejutkan apabila baru-baru ini salah satu produk yang ditawarkan meletup secara tiba-tiba ketika bersiaran langsung.
Terdengar jeritan pengendali program kerana terkejut. Walau apa pun tidak ada kecederaan dilihat melalui siaran tersebut namun ia mengundang bahaya kepada sesiapa lagi-lagi ketika demonstrasi dijalankan.
Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan seorang chef bersama dua pengacara sedang melakukan demonstrasi.
Ketika chef tersebut ingin membuka penutup periuk tekanan (Pressure Cooker), ia meletup dan kedengaran pengacara berkata, “Wow!! dasyatnya kita punya produk kali ini.”
Sementara itu, Go Shop menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya meminta maaf atas insiden yang berlaku semasa siaran langsung pada Sabtu lalu.
“Kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang tercedera semasa demonstrasi produk set alat memasak Cuoco Volcanic Rock.
“Insiden tersebut disebabkan oleh kesilapan pemasangan produk dan “Principal”untuk barangan tersebut telah memohon maaf di atas kesilapan ini,” tulisnya.
Menurutnya, insiden ini tidak disebabkan oleh isu kualiti produk namun mereka sedia bekerjasama dengan pihak “Principal” untuk menyiasat punca isu ini agar tidak berulang lagi.
Susulan kejadian itu, Go Shop telah menghentikan jualan produk tersebut melalui saluran TV, laman web dan aplikasi mudah alih untuk sementara waktu.
“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik bila membeli-belah di Go Shop serta memastikan bahawa kami menawarkan hanya barangan yang bermutu tinggi.
“Pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh menghubungi kami menerusi e-mel di wecare@goshop.com.my atau menelefon talian 24-jam kami 1-800-82-0088,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, netizen mula mendakwa barangan yang ditawarkan sememangnya tidak berkualiti.
Ada juga yang mengatakan ia hanya gah pada nama dan ramai yang terpengaruh dengan cara pengacara yang cukup meyakinkan ketika bercakap mengenai produk-produk tersebut.
Adalah dinasihatkan agar anda melakukan ‘penyelidikan’ dahulu sebelum membeli sebarang produk atau barangan sebelum ‘tertipu’.
The post Periuk GoShop meletup ketika live, barang tak berkualiti?(Video) appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rObhcO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment