Hi! Welcome Back and Stay Tune! Projector Band Bukan Mat Rempit Lupa Daratan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Projector Band Bukan Mat Rempit Lupa Daratan

Ketua kumpulan dan gitaris Projector Band, Razif memberitahu, mereka bukanlah geng kaki motor atau mat rempit sebelum menceburkan diri sebagai penyanyi.

Razif berkata, sejak meraih populariti mendadak pada tahun lalu menerusi lagu Sudah Ku Tahu, ramai yang menuduh mereka sudah lupa daratan.

“Ramai beri komen-komen yang kami sudah lupa daratan, sudah tidak mahu merempit lagi tapi kami dari dulu bukan jenis kaki motor.

“Cuma adik saya yang bekerja di bengkel dan tahu serba sedikit tentang moto. Saya pula dulu bekerja di rumah mayat, manakala vokalis kami masih belajar,” ujarnya.

Selain Razif, adiknya Muhammad Safiq selaku pemain dram kumpulan tersebut.

Projector Band turut dianggotai oleh Iskandar Zulkarnain Shafin, 24, selaku vokalis, Isnaidi Eidham Razali, 22, (gitar) dan Ahmad Khusairi Shaferi, 27, (basis).

Dalam pada itu, Razif berkata, dia tidak menolak lagu-lagu ciptaannya diminati oleh golongan berkenaan.

Selain itu, ditanya tentang sokongan ahli keluarga apabila kedua-dua mereka memilih keputusan menjadi ahli muzik, Razif berkata, ibunya semakin yang dengan masa depan mereka dalam industri seni.

“Pada awalnya ibu memang marah setiap kali saya dan adik buat bising dan menyanyi di rumah. Mereka kata tiada masa depan.

“Tapi sekarang ibu sudah faham dan terima kerjaya nyanyian ini, malah ibu saya sering mengikut kami membuat persembahan,” ujarnya.

The post Projector Band Bukan Mat Rempit Lupa Daratan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNQowC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.