Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serang polis guna pedang samurai, suspek cedera ditembak polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serang polis guna pedang samurai, suspek cedera ditembak polis

TAWAU: Seorang suspek pengedar dadah hampir maut akibat ditembak polis selepas bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan sebilah pedang samurai.

Kejadian berlaku di Hulu Tingkayu, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang mengesahkan kejadian berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila suspek bertindak menyerang anggota polis.

Susulan itu, suspek terkena tembakan di bahagian rusuk kanan, lutut kiri dan tangan kanan.

Fadil memberitahu, polis yang bertindak atas maklumat sebelum itu membuat serbuan terhadap suspek bersama seorang lagi rakannya yang sedang menunggang motosikal.

Rakan suspek bagaimanapun meloloskan diri.

Susulan itu, polis merampas bahan berhablur disyaki dadah dan sebilah pedang samurai.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2tJ1p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.