Sihir Pengikat Cinta, Mengubah Suamiku Sehari Selepas Diijabkabul, Demi Anak 13 Tahunku Tahan Derita
Sihir Pengikat Cinta, Mengubah Suamiku Sehari Selepas Diijabkabul, Demi Anak 13 Tahunku Tahan Derita
Orang yang berhati busuk tak mustahil akan melakukan perlakuan buruk, sihir cinta. Dalam al-Quran juga tercatat tentang sihir. Bermakna aktiviti ini memang wujud di tengah-tengah manusia dari dulu lagi.
Sihir Mendengar Panggilan, Tanda-tandanya
1. Selalu alami mimpi ngeri
2. Bermimpi mendengar orang memanggil nama
3. Selalu was-was, selalu syak wasangka pada teman atau orang yang mencintainya termasuk isteri atau suami
4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
5. Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya
Kisah Dari E-mel
Saya amat tertekan sekarang. Tolong saya! Masalah saya adalah suami saya yang tidak mempunyai perasaan. Saya sudah berkahwin 13 tahun dengannya. Sebelum berkahwin dia amat penyayang dan romantik.
Selepas berkahwin keesokan harinya, dia terus berubah sama sekali. Saya masih mampu bertahan sampai sekarang demi anak dan juga famili. Mereka semuanya baik.
Saya tak tahan dengan sikapnya yang tak pernah ambil tahu perasaan saya atau apa saya buat.Saya tak boleh menyentuhnya sama sekali. Saya juga tak boleh berbual dengannya seperti pasangan lain.
Dia pernah menghalau saya jika saya sentuh atau cuba bermanja dengannya. Jika saya berbual dengannya dia akan suruh saya diam dengan nada menengking. Apa salah saya.
Saya pernah minta dia melepaskan tapi dia enggan. Saya mempunyai tiga orang anak dengannya. Seks juga mengikut kemahuannya. Saya tak boleh mendekati suami dan hanya dia yang boleh mendekati saya.
Saya amat sedih melihat orang lain bahagia dan mesra dengan suami. Tapi sayatak begitu. Saya selalu membawa diri bagi menenangkan hati. Pernah saya bertanyakan tidakkah dia mencintai dan menyayangi saya. Sebaliknya, saya yang dimarahi.
Katanya saya gila. Bukankah kita sudah berkahwin, kenapa nak tanya semua itu?
Saya bekerja, tapi suami cuma duduk di rumah. Masanya dihabiskan di meja komputer dan bermain piano. Sekarang saya nak tahu, saya gila atau dia yang gila? Sampai bila saya nak memendam rasa.
Ini Nasihatnya
- Bawalah suami berubat kerana agak mustahil kasih sayang boleh berubah selepas sehari disahkan menjadi pasangan suami isteri.
- Biasakanlah diri mengamalkan bacaa surah al-Falaq
Sumber: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj via Mingguan Wanita
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRXRvf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment