Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPR minta parti politik bantah jika ada pindaan pengundi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta parti politik yang mengetahui mengenai pemindahan pengundi di mana-mana negeri untuk membuat bantahan kepada SPR secepat mungkin, kata pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata langkah itu adalah proses terbaik untuk diselesaikan selain menggalakkan pemilih berdaftar untuk membuat semakan dan bantahan dengan alasan tertentu.

"SPR mengikut peraturan yang diperuntukkan kepada kita. Kalau ada rasa tidak puas hati terhadap bantahan dan apa saja yang berkaitan pendaftaran pemilih , ada tempoh untuk buat bantahan.

"Apabila ada bantahan, ada pegawai SPR di setiap negeri akan turun dan melihat bantahan itu. SPR tidak akan menolak apa-apa bantahan berdasarkan andaian," katanya ketika diminta mengulas dakwaan PAS Kelantan mengenai pemindahan pengundi secara besar-besaran dilakukan di negeri itu.

Mohd Hashim berkata demikian pada sidang media pengumuman Pilihan Raya Kecil DUN Pujut di sini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang memberi amaran kepadanya agar tidak menjadikan suruhanjaya itu sebagai ''kuda tunggangan'' BN, Mohd Hashim berkata:

"Saya cukup menghormati Abdul Rashid dan mantan-mantan SPR. Saya adalah mekanisme kesinambungan pengerusi sebelum saya.

"Dahulu saya menghormati Rashid sebagai pengerusi SPR dan sekarang sebagai ahli politik," katanya.

Mohd Hashim menegaskan bahawa beliau dan SPR tahu apa tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu kepada negara.

"Secara peribadi, saya tidak pernah kecil hati kerana orang politik kata daripada perspektif politik dan masa Abdul Rashid jadi Pengerusi SPR dia lihat daripada perspektif SPR," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAUxEO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.