Tiada warga Malaysia terkorban atau cedera dalam letupan di Manchester
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata ia akan memantau rapi insiden itu dan menasihatkan warga Malaysia yang tinggal di sekitar kawasan terlibat untuk sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Wisma Putra juga menggesa mereka yang memerlukan bantuan supaya menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45-46 Belgrave Square , London SW1x 8QT atau di talian +44 207 235 803 atau emel mwlondon.kln@1govuc.gov.my.Kementerian itu juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa letupan berkenaan.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 22 orang, termasuk kanak-kanak terkorban dan 59 cedera dalam letupan bom sebaik sahaja mereka yang menonton persembahan penyanyi Amerika Syarikat Arianna Grande, beredar dari tempat konsert itu .
Pihak polis menyifatkan letupan itu sebagai satu serangan pengganas, menurut laporan media.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q7xG4S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment