Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trump tiba untuk kunjungan di Arab Saudi

RIYADH: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Arab Saudi pada Sabtu dalam rangka kunjungan antarabangsa pertamanya sejak mengambil alih White House pada Januari.

Arab Saudi yang merupakan sekutu kuat AS menyifatkan kunjungan itu akan mengukuhkan kerjasama komersial dan politik serta akan membantu merangsang usaha memerangi kumpulan pelampau.

Saluran berita Arab Saudi turut menayangkan klip pesawat Air Force One mendarat di Riyadh, dengan hamparan karpet merah oleh askar Arab Saudi.

White House berharap kunjungan itu akan mengalihkan fokus media daripada kontroversi serantau kepada agenda dasar luar Trump.

Arab Saudi antara yang cukup teruja dengan pelantikan Trump sebagai presiden selepas menyaksikan bagaimana presiden terdahulu, Barack Obama dilihat terlalu berlembut dengan seterunya, Iran dan mengamalkan pendekatan sama dalam hubungan dua hala Washington dengan Riyadh, yang menjadi nadi keseimbangan keselamatan Asia Barat.

Trump akan melakukan beberapa lagi kunjungan minggu depan iaitu Israel, Belgium dan Itali. Kunjungan itu dianggap satu peluang untuk Trump melawat tempat-tempat suci tiga agama utama dunia, termasuk peluang bersemuka dengan pemimpin Arab, Israel dan Eropah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBNRnT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.