Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Temui Paku Dalam Gula-Gula Selepas Cucunya Mengadu Makanan Itu Tidak Boleh Dikunyah Kerana Keras - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Temui Paku Dalam Gula-Gula Selepas Cucunya Mengadu Makanan Itu Tidak Boleh Dikunyah Kerana Keras


Gula-gula dan kanak-kanak umpama irama dan lagu tidak akan dapat dipisahkan untuk selama-lamanya. Berbagai jenis gula-gula yang dijual di pasaran dan berbagai rasa yang direka khas untuk menarik perhatian mereka dan juga ibu bapa.

Walau bagaimanapun, seorang wanita telah berkongsikan pengalaman tentang gula-gula yang akan membuatkan semua ibu bapa akan lebih berjaga-jaga selepas ini sebelum memberikan anak-anak mereka gula-gula.

Melalui laman Coconuts, perkongsian dari wanita yang dikenali sebagai Daw Khin Khin Thein itu, cucunya pada ketika itu sedang memakan gula-gula sebelum secara tiba-tiba cucu kesayangannya itu datang kepadanya lalu mengadu gula-gula itu sangat keras dan dia tidak mampun mengigitnya.

Disebabkan merasa pelik apa yang telah disampaikan oleh cucunya itu, Daw kemudiannya meminta kanak-kanak berkenaan mengeluarkan gula-gula tersebut dari mulutnya dan lalu memberikan kepada Daw.

Memang benar tekstur gula-gula sememangnya agak keras tetapi tiada siapa menyangka, kerana tidak boleh mengunyah dan mengigit makanan kegemaran cucunya terdapat satu paku yang telah melekat pada gula-gula berkenaan.


Kerana tidak berpuas hati, Daw telah memuat naik gambar gula-gula itu ke laman sosial untuk memberikan kesedaran kepada semua ibu bapa betapa pentingnya mengkaji gula-gula terlebi dahulu sebelum diberikan kepada kanak-kanak. Status yang dimuat naik oelh Daw itu telah mendapat perhatian netizen sekaligus dikongsikan oleh ramai lebih dari 30 ribu perkongsian pada ketika ini.

Kata Daw, cucu saya bernasib baik kerana menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan gula-gula tersebut. Cuba anda bayangkan sekiranya perkara ini berlaku kepada anak kecil.

Menurut Daw lagi, dia tidak pasti sama ada paku berkenaan termasuk ke dalam bungkusan dengan secara tak sengaja atau pun akibat kilang yang tidak menjaga kebersihan atau pun mungkin pekerja yang marah dan ingin memalukan syarikatnya dengan memasukkan paku itu ke dalam gula-gula.

Nasihat Daw, orang ramai disarankan memeriksa terlebih dahulu setiap makanan yang akan dimakan oleh kanak-kanak lebih-lebih si kecil dan gula-gula juga adalah tidak baik untuk kesihatan gigi kanak-kanak, katanya. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFaw2M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.