11 perkara yang masih menjadi tanda tanya..Bab Mimpi Tu Memang Jadi Tanda Tanya Dari Kecil Lagi
Sumber Artikel
Para saintis mungkin telah berjaya menemui pelbagai penemuan yang wujud di bumi. Namun, terdapat beberapa lagi perkara yang masih kekal sebagai misteri dan tidak mempunyai sebarang penjelasan rasional tentang kewujudannya.
Bagaimana bunyi dengkuran (purr) kucing dihasilkan?
Kucing berdengkur ketika gembira tapi tiada siapa yang tahu bagaimana kucing melakukannya. Apabila mereka berdengkur, anda juga tidak akan mendengar degupan jantung mereka! Saintis menyatakan kucing membuat bunyi getaran tersebut dengan menggunakan pita suara. Frekuensi yang dihasilkan melalui bunyi tersebut mampu menyembuhkan serta mengurangkan kesakitan yang dialami oleh kucing. Oleh sebab itu, kucing akan membuat bunyi dengkuran apabila mereka tertekan atau sedang dalam kesakitan.
Dari mana asal usul sesetengah haiwan?
Sumber: Wikipedia
Kebanyakan spesies haiwan tidak mempunyai asal usul. Tiada siapa pun yang tahu bagaimana amfibia berevolusi daripada ikan memandangkan haiwan darat yang pertama mempunyai anggota badan dan kepala. Tambahan pula, ada yang menyatakan bahawa dinosaur mengalami kepupusan setelah berlakunya bencana kira-kira 65 juta tahun yang lalu. Pada masa yang sama, spesies mamalia muncul di bumi tanpa diketahui asal usulnya.
Adakah lembu mempunyai kompas magnet?
Sumber: Depositphotos
Dengan menggunakan Google Earth, para saintis mengkaji ribuan imej lembu sedang meragut rumput dan menemui satu corak yang pelik. 70% daripada lembu tersebut menghalakan kepala mereka ke bahagian utara atau selatan ketika sedang makan atau minum. Kajian ini dijalankan ke atas semua lembu di seluruh dunia.
Apa itu hujan ‘gelatin’?
Sumber: Pinimg
Pada tanggal Ogos 1994, satu fenomena luar biasa telah berlaku di Oakville, Washington. Fenomena yang sangat aneh ini berlaku apabila satu bahan yang menyerupai tekstur jeli turun dari langit. Keesokan harinya, 12 orang disahkan mengalami simptom selesema. Ahli saintis telah melakukan penyelidikan terhadap bahan tersebut yang mengandungi 2 jenis bakteria di mana salah satunya sering ditemui dalam sistem pencernaan manusia. Walau bagaimanapun, mereka tidak berjaya menyelesaikan misteri yang berkaitan bakteria dengan fenomena misteri tersebut.
Apakah jirim gelap?
Sumber: Maxwell Hamilton
Lebih kurang 27% daripada alam semesta adalah terdiri daripad jirim gelap. Ia tidak berinteraksi dengan radiasi elektromagnetik menyebabkan agak sukar untuk mengesannya. Teori pertama tentang jirim gelap ini muncul 60 tahun dahulu namun saintis belum lagi berjaya menyatakan sebarang bukti mengenai kewujudannya.
Terdapat berapa banyak planet di dalam sistem solar?
Sumber: depositphotos
Sejak Pluto disingkirkan sebagai salah satu planet di dalam sistem solar, kita tahu hanya terdapat 8 planet yang rasmi. Lingkaran Kuiper yang terletak selepas Pluto mengandungi bahan berunsurkan ais. Saintis telah menemui ribuan objek di kawasan tersebut yang mempunyai saiz lebih besar daripada Pluto. Ahli saintis turut menemukan satu palnet yang tidak dikenali yang mempunyai saiz seperti Bumi pada lingkaran Kuiper. Planet tersebut menarik kesemua batuan daripada lingkaran tersebut kembali ke planetnya.
Mengapa wujud orang kidal dan orang yang menggunakan tangan kanan?
Sumber: depositphotos
Majoriti 70% hingga 95% manusia menggunakan tangan kanan manakala 5% hingga 30% lagi dominan dalam menggunakan tangan kiri mereka. Gen seseorang manusia memiliki pengaruh masing-masing kecuali mereka yang mempunyai ‘gen kidal’. Persekitaran sosial juga mampu mempengaruhi golongan ini. Apabila seseorang yang kidal diajar untuk menulis dengan tangan kanannya, sesetengah daripada mereka tidak lagi menjadi kidal.
Mengapa megafauna pupus?
Sumber: depositphotos
Haiwan gergasi yang dikenali sebagai megafauna didapati telah hilang kira-kira 10,000 tahun yang lalu. Ada pendapat menyatakan perubahan iklim menjadi punca kepada kepupusan haiwan ini namun tiada bukti yang kukuh. Menurut teori lain pula, haiwan ini mati akibat kelaparan. Para saintis di Alaska telah menemui mammoth yang telah diawet di mana perutnya dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang tidak dicernakan.
Mengapa kita bermimpi?
Sumber: waltdisneystudios
Ada individu yang mempercayai bahawa mimpi adalah berpunca daripada imej rawak dan gelombang yang terhasil oleh otak. Ada juga yang berpendapat mimpi wujud daripada keinginan tanpa sedar seseorang manusia, masalah yang belum diselesaikan atau pun pengalaman. Ahli saintis pula menyifatkan mimpi sebagai simbol sesuatu yang tersembunyi di dalam minda seseorang manusia. Akan tetapi, tiada siapa yang tahu apa punca sebenar yang menyebabkan mimpi.
Apa itu ‘space roar’?
Mengapa manusia memiliki jenis darah yang berbeza?
Sumber: Michaela Rehle (reuters)
Jenis darah mempunyai antigen yang berbeza di dalam sel darah manusia. Ia berfungsi sebagai antibodi yang menghalang sel asing di dalam badan. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun ahli saintis yang berjaya menemui jawapannya. Ada yang berpendapat bahawa perbezaan jenis darah ini mempunyai perkaitan dengan penyakit dan imunisasi. Orang dengan darah jenis B lebih terdedah kepada E. Coli manakala orang dengan darah O pula mengalami kurang risiko akibat malaria.
Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJUd8c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment