Buntu Dengan Hutang
Assalamualaikum.
Panggil aku adek. Graduan degree yang baru terkapai dalam dunia kerja dan dihantui lambakan hutang.
Jangan risau aku bukan nak mengadu pasal kerja tak best ke tak sama kelulusan ke an. Tu semua tolak tepi. Ni aku nak sembang pasal hutang lama aku.
First jejak dunia kerja aku bercita-cita nak kmpul duit buat modal bisnes bundle dll, tapi aku malu sendiri bila teringat balik sal hutang aku. Memula pasal hutang MARA. Kalau org lain, PTPTN an, aku MARA.
Asalnya MARA tu biasiswa je cerita dia, tapi sistem dia ke bajet bermasalah masa tu ntah aku pun taktau, biasiswa tu ditukar pada loan. Smpai skang aku takleh brain apasal cenggitu tapi takpe lah. Daripada takde duit smbung blaja, hutang jelah.
Awal-awal kerja elok je aku boleh bayar instalment hutang aku. Tapi start RAMADHAN ni, aku slalu doa kt Allah supaya mudahkan aku langsai hutang2, bebaskan aku dari hutang2, sejak daripada aku doa-doa cmtu, satu persatu aku teringat balik hutang yg lain selain MARA.
Nak tau amende?
Hutang masa aku masuk MLM dulu.
Masa aku habis diploma, sementara nk masuk degree aku join MLM ni. Yg kena cari org bawah pastu dapat duit uh. Aku punya skill baek, so aku dapat tarik ramai.
Bulan2 income cecah 2k ngadap laptop buat ayat best je. Tapi aku main benda ni tak smpai 6 bulan then stop, penat, terus masuk degree.
Oh lupa, aku main MLM ni guna fb fake. Aku buat fb tu pakai gmbr sesape tah yang takde muka, nampak real gila, aku kumpul friend smpai riban baru aku start marketing. Fuh memang masyuk bhai. Tapi tu la takde berkatnya dapat duit hasil tindas orang.
Some of them yang join bawah aku adalah member aku sendiri yg langsung tak cam itu aku. Teruk betul aku, sangkutkan kawan sendiri tanpa diorg sedar.
Dengan identiti palsu, aku bagi la janji yg tinggi melangit pada diorg yg diorg boleh kaya cepat, aku coaching diorg buat ayat baek gak macam aku. Tapi kesian, susah betul diorg nak close prospect.
Last2 berbulan2 diorg masuk takde hasil apa. Yuran beratus burn gitu je. Aku try la guide lagi tapi diorg fed up dan start argue pasal MLM nih. Aku block diorg dan malas ambik tahu. Janji aku untung.
Then benda tu berlalu camtu je sampai la aku masuk degree, duit2 hasil close bebudak tu masih aku simpan masa blaja. Peliknya duit tu cepat gila habis.
Bayangkan lebih kurang 8k boleh habis dalam satu sem je. Semua habis kat motor rosak la, laptop kena rembat la, kena sponsor kelab pape semua tu lah.
Masa tu dah start cuak, terdetik dlm hati, ni memang betul2 tak berkat nih duit cepat gila habis. Tapi sekadar detik kejap je pastu takde tindakan papepun.
Dekat 4 tahun berlalu, banyak ramadhan dah muncul tapi mungkin sebelum ni aku tak pernah doa pasal nak bebas hutang, aku terus lupa pasal ni sampai lah ramadhan tahun ni.
Satu persatu Allah ingatkan balik bhai. Sampai murung aku nak tengok diorg kt fb. Aku tak dapat tgk diorg normally lagi especially kawan2 aku yang aku tindas dulu.
Sekecil-kecil hutang rm10 yang selama ni aku terlupa pun aku teringat balik tahun ni. Padahal hutang tu dah lapuk bertahun. Tapi Allah ingatkan aku dengan siapa aku berhutang dan ya, aku cari balik diorg, cuba contact mcm biasa.
Kebanyakan diorg dah lupa pasal hutang tu tapi aku tetap tak sedap hati. Aku belum langsaikan semuanya, malah tak sampai 10% pun yg aku langsaikan. Sebab aku baru kerja beberapa bulan.
Dengan hutang MARA lagi, bayar sewa rumah lagi, duit minyak motor, line semua. Duit bulan2 hulur ke orang tua kt kampung buat duit pasar lagi.
Serius aku tersepit gila, gaji pun paras hidung setakat 1.2k bersih dah tolak socso epf. OT pulak tak boleh selalu. So sambil2 tu aku jual la jaket-jaket dan kasut lama aku yang condition masih baek. Dapat la tambah sikit.
Aku try teknik bayar hutang snowball, langsaikan hutang yg berjumlah sikit dulu. Aku dah buat, yg mana aku hutang rm10 rm100 aku bayar dulu. Diorg terpinga-pinga bila aku bayar tapi aku buat tebal muka je dan say sorry lmbt gila bayar.
Alhamdulillah tak jadi gaduh. Siap ada yg halalkan lagi tapi aku bayar jugak. Hahaha.
Yg lain-lain yg lebih daripada jumlah tu, yg aku berhutang tanpa sedar aku belum mampu nak bayar lagi.
Yelah biasa member2 ni baik, masa kita tengah kesempitan dulu ada je yg hulur bagi kita guna duit dia dulu. Sedar tak sedar beratus gak beb kita guna duit member.
Nasib baik skrg aku ingat, kalau aku lupa sampai bebila? Tu pun jumlah sebenar aku dah lupa. Aku main anggar je semaksimum yg mungkin berapa hutangnya. Lepas tu aku catat dalam satu buku sebelum aku lupa balik.
(Menyesal sebenarnya tak catat dari dulu masa aku berhutang.)
Tapi sedih, aku masih tak mampu nak bayar semua.
Aku malu kat diri aku. Kengkawan aku. Sampai twitter, insta, fb semuanya dah jadi senyap. Tak sanggup update pape sebab malu dengan diorg yg aku berhutang.
Sekarang ni pasal MLM tu je aku pening. Berpuluh orang weh dulu aku tarik. Yang member2 ni aku tak kisah, at least aku kenal siapa diorg dan boleh cari balik.
Yg aku tak kenal? Dah la masa tu pakai fb palsu. Fb tu pun aku dah takleh bukak. Emel tahpape, password lagi la tahpape. Friends pun makin berkurang aku tengok.
Kesian orang2 yg masuk bawah aku tapi takde hasil. Duit diorg sebahagiannya dah masuk jadi darah daging aku. Aku dah jumpa salah sorang yg aku tak kenal dulu, yang aku ingat nama fb dia, aku pm jelaskan balik. Mintak no akaun, bank in yuran mahal yg dia bayar dulu dan minta maaf. Lega weh, satu hutang dah selesai.
Tapi baru sorang. Berpuluh lagi bhai yg aku tak approach lagi. Yang aku terlupa nama. Yang aku ingat tapi takleh trace fb diorg. Cari kat fb palsu aku pun dah takde. Paling sedih nak approach, member sendiri.
Apa perasaan diorg nanti kalau diorg tahu selama ni empunya fb tu aku?
Tapi aku tetap dah sediakan tabung khas utk aku bayar duit diorg satu hari nanti. Cuma aku taktahu bila (sebab duit belum cukup) dan macamana.
Jadi aku nak tanya pendapat korang, mcmana dengan kes aku ni?
1) Apa cara terbaik utk aku bayar balik duit diorg? Iaitu pada member aku, dan org lain yg aku lupa siapa.
2) Ada tak cara cepat nak langsai hutang MARA? Atau tangguh sampai aku boleh bayar sedebuk ke an. Kot ada yg tahu.
Parents aku langsung taktahu pasal semua ni. Adik beradik pun aku senyapkan je. Yg diorg tahu, aku hutang MARA.
Tiap2 malam aku menangis air mata jantan pasal ni weh. Tak sanggup siaa.
Aku harap ada la yg baik hati boleh share atau suggest pape yg boleh tolong sikit sebanyak masalah aku. Aku akui aku bodoh dan tamak dulu, aku minta maaf.
Aku janji dengan diri aku, aku akan bayar jugak macamana pun.
Akhir sekali, aku ada tiga pesanan.
Pertama, once kau berhutang dengan orang tolong lah catit. Tak kira sekecil mana pun jumlahnya, catit la weh sebelum jadi mcm aku. Pelupa sampai bertahun.
Kedua, jangan terlibat dengan MLM. Just, tolong lah jangan.
Ketiga, ni panjang sikit. Utk korang yg berhutang pembiayaan pendidikan yg dah habis belajar tu kan.
Jangan pikir benda lain dulu. Kau bebaskan dulu diri kau dari hutang2. Ye aku tahu, korang tak teruk macam aku. At least hutang kau pun ptptn je, mara je, aku ni kes lain.
Tapi aku rasa terpanggil jugak nak pesan;
Jangan smpai hutang dah bertimbun baru nak ingat. Sesak kau nanti. Aku faham sekarang susah nak cari kerja tapi tu bukan alasan untuk give up.
Jangan tangguh, kerja je pape dulu bisnes online ke, kerja kilang ke (jangan MLM sudah la), asalkan bulan2 ada gak income. Mudah utk bulan2 kau bayar komitmen kau nanti.
Dah habis hutang pandai kau la nak cari kerja lain yg best2. Bina empire kau ke an. Tak kisah la asalkan bayaran komitmen jangan terabai.
Ingat dan usahakan bayar sebelum kau lemas dalam hutang beriban-riban. Makin kau tangguh makin berpeluh, menangis air mata darah nak bayar kang.
Sekian dari post adek.
Adek
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBbBvy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment