Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pernah Alami Sakit Kaki. Ketahui 8 Keadaan Kaki Yang Berkaitan Dengan Masalah Kesihatan Kita. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pernah Alami Sakit Kaki. Ketahui 8 Keadaan Kaki Yang Berkaitan Dengan Masalah Kesihatan Kita.


Daripada kekurangan vitamin penyakit yang lebih serius, kaki kita boleh menunjukkan keadaan kesihatan kita.
Sila baca 8 keadaan yang secara umumnya mengenai keadaan kaki kita dan kaitan dengan kesihatan.


1. Bulu kaki makin berkurangan
Jika kaki anda jenis berbulu, dan anda dapati bulu kaki makin berkurangan, begitu juga bulu pada jari-jari kaki, ia menunjukkkan anda tidak mempunyai perjalanan darah yang baik. Lebih-lebih lagi apabila bulu kaki anda makin gugur. Apa anda boleh buat? Cuba cek nadi pada buku lali anda. Jika tidak jumpa, seeloknya anda pergi berjumpa dengan doktor dan periksa kesihatan anda.

2. Kaki sejuk
Hypothyroidism, atau kelenjar thyroid tidak aktif, boleh memberi pelbagai kesan kepada badan, termasuk kaki.  Adakah kaki anda sentiasa sejuk? Jika anda mengalami sindrom hypothyroidism yang lain, termasuk kulit kering , rambut kering,  keletihan dan kenaikan berat badan yang pelik, sila berjumpa dengan doktor.


3. Jari kaki membengkak dan besar
Jari kaki yang membesar, bengkak , panas dan berwarna merah merupakan petanda gout.  Realitinya kebanyakan orang tahu mengenai gout kerana ibu jari kaki yang akan  bermasalah.
Gout disebabkan oleh paras asid urik yang tinggi dalam salur darah.  Ia selalu dikaitkan dengan pengambilan daging merah yang terlalu tinggi; hanya 1 dari 10 kes gaut dikaitkan dengan diet.

4. Kulit kaki kering bersisik.
Tidak perlu menjadi seorang pemain profesional untuk mendapatkan kaki atlet. Jika perhatikan padaa kulit anda terutamanua di antara jari-jari kaki, kelihatannya kering melampau, bersisik, gatal, jangkitan kulat ini mungkin puncanya. Rawatnya dengan krim yang boleh didapati di farmasi, jika berterusan silalah berjumpa doktor.

5. Kaki berbau.
Untungnya, kaki berbau tidak semestinya menunjukkan penyakit. Mungkin sekadar petanda kebersihan yang tidak bagus. Cuci kaki anda secara kerap dan berkala, pakai sarung kaki yang dibuat dari cotton, jika anda jenis cepat berpeluh, maka sediakanlah stokin tambahan. Tip lagi? Jangan pakai kasut yang sama setiap hari!

6. Kesukaran berjalan.
Jika anda berasa sukar  dan sakit untuk berjalan, ia mungkin ada beberapa sebab. Kesukaran untuk menyerap kalsium, keretakan tulang yang tidak didiagnos, dan anorexia mungkin sebab utamanya. Maka seeloknya berjumpalah dengan doktor jika anda mengalami masalah ini.

7. Kerap kejang kaki atau Charley Horse
Charley Horse adalah keadaan di mana otot kaki menjadi kejang untuk beberapa minit dan mungkin menyakitkan.  Jika anda kerap mengalami masalah ini, tapi anda tahu anda tidak mempunyai kecederaan otot dan tidak pula buat latihan fizikal yang banyak, ini mungkin disebabkan oleh dehidrasi atau kekurangan vitamin dan mineral. Pottasium, kalsium dan juga rendahnya kadar sodium dalam darah boleh menyebabkan anda mengalami kekejangan otot yang menyakitkan ini.

8. Kebas yang tidak dijangka.
Jika kaki dan betis anda merasai kebas, ia mungkin disebabkan oleh beberapa punca. Berdiri terlalu lama boleh menyebabkan kebas, tapi ia juga petanda penyakit yang lebih serius seperti Multiple Sclerosis, kerosakan saraf dan Fibromyalgia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tdp7mX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.