Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nabila enggan kena kontroversi lagi NABILA Huda. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nabila enggan kena kontroversi lagi NABILA Huda.

Sesudah berumah tangga buat kali kedua, pemilik kafe hipster, Mohd Izwan Johar, 34, pelakon Nabila Huda dilihat agak memperlahankan aktiviti seninya.

Kata pelakon yang menempa nama menerusi filem Munafik dan ‘supertele’ Saloma ini, fokusnya sekarang adalah kepada anak dan rumah tangga yang baru dibina itu.

“Alhamdulillah, saya lebih bahagia dengan kehidupan sekarang. Terus terang saya ingin menjalani kehidupan sebagai orang biasa.

“Sepanjang Ramadan ini, saya lebih banyak meluangkan masa berkualiti bersama anak dan suami di rumah,” katanya.

Nabila akui dirinya lebih matang dan positif dalam menempuhi kehidupan pada usia mencecah 33 tahun.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu dikaitkan dengan sebarang gosip dan kontroversi lagi.

“Pada masa sama, saya juga dah jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu terlalu khayal dengan dunia hiburan,” katanya.

Malah kata Nabila, dia juga lebih selesa jika bertemu teman rapat di rumah saja.

“Kalau ada kelapangan, barulah saya keluar rumah sebulan sekali untuk bertemu teman-teman rapat,” jelasnya.

Dari segi pencapaian, Nabila hebat kerana sudah menggenggam trofi Aktres Terbaik.

“Saya sudah merasai segalanya sepanjang bergelar pelakon. Semua watak impian juga sudah saya cuba.,” katanya sambil bersyukur.

Beralih soal anak pula, kata pengacara program Awak Kat Mana ini, dia dan suaminya terus berdoa.

Namun kata Nabila, dia dan suami tidak berdepan dengan tekanan dalam soal menambah cahaya mata.

“Kami juga bercinta tak lama sebelum kahwin dan terus terang masih dalam ‘mood’ bulan madu. Pada masa sama, suami juga sibuk dengan kerjanya,” katanya.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila, 7.

The post Nabila enggan kena kontroversi lagi NABILA Huda. appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHjtHx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.