Bila isteri aku disabitkan dengan dadah ! Warga Putrajaya , sila berhati-hati !
Qhaliff tidur. Zahra tidur. Baru je tidur. Aariz pon gitu gak. Aku menanti wife balik untuk berbuka puasa sama sama. Perancangannya , lepas berbuka ringan di rumah. nak ke Alamanda untuk membeli barang keperluan serta nak uruskan hal peribadi.
Aku tengok jam di telefon pintar Sony Xperia XZ kesayangan aku. Dah lebih 6.30 petang. Biasanya dia sampai sebelum 6.30. Ni pelik ni ! Aku tak nak call dia sebab tau dia sedang memandu… Rasanya la !
Tiba-tiba masuk email !! Aku tercengang membacanya. Apahal ‘semacam’ je email dia ni ??? Hurm.. Aku cuba positifkan diri. Aku pandang anak anak yang dah mula bangun.. seorang demi seorang. Dah lewat petang , masing masing kelaparan. Hurmm…
Jangan call ? Biar betul ? Dalam kepala aku terbayang sesuatu yang pernah berlaku pada aku satu tika dulu. Tak pe, tunggu dulu.. Tunggu sampai dia call. Aku pujuk hati.. Jam 6.56 petang , tiba-tiba ada call masuk. Terus aku jawab.
” Abang , zla di balai polis ni.. Panjang sangat cerita ni. Nanti balik zla cerita.”. Suara dia terketar ketar. Ah , sudahhh ! Apa kes pulak niii ! Aku risau sungguh dah ni. Terbayang kes kes yang terpampang di dada akhbar kebelakangan ni. Harap harap bukan itu ! Aduhh..
Terus aku telefon adik ipar aku dan bagitau mengenai kakaknya.Aku mintak diorang ready jer. Begitu juga dengan ibu aku. Rakan blogger, Saidila juga aku maklumkan. Andai berlaku apa apa pada wife , anak-anak aku ni , aku letakkan pada mereka sementara aku uruskan ‘masalah’ wife.
Aku ke dapur. Mencari makanan untuk berbuka. Takda apa apa yang menyelerakan aku. Terbayang nasib wife di balai polis. Apakah yang sedang berlaku ??? Aku tenangkan diri. Cari makanan untuk Aariz. Qhaliff , dah menyelongkar dapur.
Jumpa makanan Aariz.. Terus aku panaskan dalam bekas yang diisi air panas. Aku suruh Qhaliff buka pakaian dan mandi. Zahra, sambung tidur. Tak pe.. aku selesaikan mereka berdua dulu. Aku amik makanan Aariz dan letak Aariz dalam kerusi bayi. Aku suap. Dia makan.. Dia tengok aku. Semacam. Aku pandang dia.. semacam ! Takda riak di muka dia ! Hurmm.. Wife aku buat puree apa lak ni ? Macam suka je dia ? Biasanya terkelat kelat ! Aku suap sekali lagi. Dia nganga tanpa dipaksa ! Kelaparan kot ??? Dia makan.. senyum. Ok , ini pelik.. Aku cuba bau.. Takda bau !! Aik ??? Biasanya ada bau. Aku cuba rasa.. Huk alohhhh.. Ini susu pekat !! Yang bini aku gi letak dalam bekas tupperware ni apahal ??? Abiss la Aariz dapat diabetes pasni ! Adooiyaaaiii..
Terus aku letak kat dapur dan cari biskut baby. Aku lembutkan dan bagi Aariz makan. Dia makan.. skit skit.. Haaa.. ni baru betul ! Tiba-tiba aku ternampak Qhaliff buka pintu. Aku tanya Qhaliff… sapa tu ??? Dia senyap. Wife muncul disebalik pintu. Allah , leganya perasaan aku.
Aku pandang dia. Muka dia pucat. Suara dia mengeletar. Aku suruh dia tenangkan diri dulu. Gi bersihkan diri dan solat. Pastu baru cerita. Hurmm.. Aku terus gi bersihkan diri juga. Nak makan makan di Ayer@8 , Putrajaya.
Siap semua.. dia datang kat aku.. Baru dia nak bercerita..
” Kul 5. Nak punch out. Zla dapat panggilan kononnya dari Hong Leong Bank (03 7626 8899). Katanya Zla ada tunggakan loan peribadi sebanyak RM3 ribu. Mesin ( yang call tu , mesin.. bukan orang yer) tu mohon tekan butang 9 untuk bercakap dengan pegawai bank. Zla pun tekan la. Cepat je orang tu angkat. Orang tu terus tanya nama dan nombor IC.Dia cakap Zla ada buat permohonan peribadi pada 1hb Mac 2017 dan loan lulus pada 8hb Mac sebanyak RM50K ! Permohonan dibuat di Hong Leong Bank , Pulau Pinang.
Zla maklumkan pada dia pada tarikh tersebut , dia berada di Putrajaya dan dia sedang bekerja. Dia tanya Zla pernah hilang Mykad ? Kalau pernah , Zla mungkin mangsa penipuan. Dia tanya , nak dia sambungkan ke IPK Pulau Pinang. Tapi sebelum tu Zla ada tanya dia. boleh tak buat report polis kat Putrajaya ? Dia tak respon. Terus dia sambungkan ke ‘IPK Pulau Pinang’.
Sambungan di buat dan dijawab oleh Sarjan Zikri. Zla cerita apa yang berlaku. Sarjan tu kena letak call dulu dan akan call melalui telefon IPK Pulau Pinang. Dia kasi no telefon dan suruh google dulu no tel untuk pastikan Zla tak kena tipu. No telefon IPK tu ialah 04-222 1152 tapi bila Zla google IPK Pulau Pinang ialah 04-222 1522. Tak sama. Zla persoalkan pada Sarjan tu tapi dia jawab berpusing pusing. Zla pening dah. Kemudian dia kata dia akan rekod semua keterangan tapi sebelum tu dia bertanya ada tak orang ketiga di situ ? Dia tak nak ada gangguan. Dia mula bertanya latar belakang keluarga dan pada masa dia mintak bahagian IT semak rekod Zla.. ada rekod jenayah atau tidak ?
Dia bagitau Zla … Zla adalah suspek yang dikehendaki polis bagi kes penyeludupan dadah dan penyelewangan wang haram. Zla diminta hadir ke IPK Pulau Pinang untuk memberikan keterangan dan akan direman selama 45 hari untuk tujuan siasatan.
Dia akan rujuk pada pada pegawai atasan dia.. Insp. Zaki yang mengendalikan kes Zla ni.Talian disambung ke Insp. Zaki. Insp. Zaki dengan kasarnya minta Zla hadir ke IPK Pulau Pinang pada malam ni gak dengan membawa dua helai pakaian. Dia kembalikan semula talian ke Sarjan Zikri. Dia kata Sarjan Zikri akan uruskan kes ni. Kemudian Sarjan Zikri menghubungi Insp. Amar untuk mempertimbangkan kes tersebut. Sarjan Zikri memaklumkan kepada Insp. Amar adalah mangsa dalam kes ni dan bersetuju untuk menjadi penjamin. Insp. Amar memberi Zla dua pilihan samada hadir ke IPK Pulau Pinang malam ini juga atau Zla perlu benarkan kesemua akaun bank yg ada disiasat oleh juruaudit negara dengan cara tranfer semua wang ke juru audit tersebut ! Sekiranya Zla didapati tidak bersalah , kesemua wang yang ditransfer tadi tu dipulangkan dalam tempoh 40 minit. Zla bersetuju dan dia kasi no akaun.. pemiliknya perempuan melayu. Zla mula buat transaksi secara online tapi transaksi gagal. Dia mohon Zla pergi ke mana mesin ATM untuk tranfer duit tersebut. Tapi bila Zla sampai ke mesin ATM Petronas , tiba tiba Zla tersedar.. Zla sedang ditipu oleh sindiket penipuan. Haa.. dia tak kasi talian telefon diputuskan. Katanya segala perbualan ketika tu sedang dirakam. Zla macam orang bodoh jer ikut kata dia. Macam kena pukau jer.
Bila Zla dah sedar yang dia kena tipu , dia bagitau Insp Amar yang Zla kena gi mesin ATM yang lain sebab mesin ATM tu rosak. Zla kena pergi ke mesin ATM yang lain yang jaraknya dalam masa 25 minit. Dia mintak dipercepatkan.
Zla terus memandu ke IPD Putrajaya. Di IPD , Zla mohon anggota polis yang bertugas memeriksa apakah Zla adalah suspek kes dadah. Dan pada masa Zla bisik padan anggota tu , yang dia sedang bercakap dengan ‘pegawai polis di Pulau Pinang’. Anggota tu mintak Zla putuskan panggilan dan terus buat laporan polis.
Pegawai polis yang amik report tu bagitau banyak kes penipuan tu dilaporkan di Putrajaya. Terbaru yang melibatkan kerugian sebanyak RM50K. Dia menunjukkan report dari mangsa sebelumnya. Jalan ceritanya , sebijik ! “.
Hurm.. aku geleng kepala. Bukan ke kes ni pernah viral di media sosial ??? Dah banyak yang jadi mangsa. Wife seorang yang amat berhati hati dan tak sangka semua ini boleh terjadi pada dia. Aku bersyukur sangat , segalanya dah selesai.. dan yang penting , wife selamat.
Syukur pada Allah , traksaksi yang dibuat wife tak berjaya. Kalau berjaya , aku beraya ngan kain pelikat je la tahun ni.. Huhuh..
Buat rakan rakan , sila berhati hati ! Kalau dapat panggilan sebegini , sila jawab.. JOM BALAI CERITA ! Gi je ke balai polis terdekat . Andai kita tak bersalah , nak takut apa kan ?
sumber: benashaari.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDZRJv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment