【Video】Seorang warga emas terkejut setelah mengetahui nilai semasa jam Rolex lamanya itu
Sumber Artikel
Kadang kala kita cenderung untuk membeli sesuatu barang hanya kerana rakan atau kenalan mengesyorkan barang tersebut dan anda pula hanya menurutinya dengan membeli barang tersebut. Anda juga mungkin tidak perasan bahawa barang yang anda beli sebenarnya bernilai lebih daripada apa yang anda jangkakan.
Itulah kisah seorang warga emas yang membeli Rolex GMT Master di Jerman sekitar tahun 1960-an. Lelaki ini berada di Jerman kerana beliau berkhidmat sebagai tentera Amerika Syarikat.
Menurutnya, sarjan beliau mengesyorkan beliau untuk membeli jam tangan tersebut yang menelan belanja RM510 pada masa itu.
Warga emas ini membeli jam tangan Rolex di Jerman pada tahun 1960-an.
Sarjannya itu memberitahunya bahawa jam tangan Rolex itu adalah jam tangan terbaik yang pernah dibuat dan beliau tidak seharusnya melepaskan peluang untuk membelinya.
Walaupun ia adalah satu amaun yang banyak pada ketika itu untuk membeli sebuah jam tangan mewah, beliau tetap memutuskan untuk membelinya. Harga jam itu bersamaan dengan sebulan gajinya.
Beberapa dekad kemudian,seorang lelaki yang pakar dalam aspek penilaian antik melawat bandar itu. Jadi, warga emas tersebut terfikir untuk menunjukkan jam tangan lamanya kepada Peter Plane, iaitu penilai barangan antik.
Apa yang mengejutkan Peter, warga emas ini dapat menyimpan semua aksesori jam tangan Rolex ini. Hal ini termasuklah resit, manual, sijil dan kotak masih lagi dalam keadaan yang baik.
Jam tangan ini masih mempunyai resit dan dokumen lain di dalam.
Warga emas ini telah menyimpan kotak jam tangannya dengan keadaan baik.
Set yang lengkap dari tahun 1960-an – semua masih utuh!
Beliau memberitahu pakar bahawa beliau tidak pernah mendengar apatah lagi mengetahui tentang jam tangan berjenama Rolex sebelum bertindak membelinya.
Apa yang beliau tidak tahu bahawa jam tangannya Rolex GMT Master adalah yang pertama pernah dibuat oleh syarikat jenama itu. Jadi Peter memberitahunya bahawa hanya jam tangannya sahaja bernilai RM150,000 – RM200,000 tetapi bukan itu sahaja.
Peter juga berkata bahawa jam tangan itu lebih istimewa dan bernilai lebih daripada RM200,000 kerana warga emas ini menyimpan kotak dan semua dokumen lengkap dan penting.
Jam tangan itu bernilai sekitar dari RM270,000 hingga RM320,000. Anda boleh melihat berapa terkejutnya warga emas ini setelah mengetahui nilai sebenar jam tangan lama beliau.
Lihat reaksi beliau apabila mendapat tahu nilai semasa jam tangan Rolex GMT Masterkepunyaannya.
Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smk03x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment