Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komen Tidak Disangka Non-Muslim Selepas Muslim Jadi Penyelamat Insiden Kebakaran Di London - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komen Tidak Disangka Non-Muslim Selepas Muslim Jadi Penyelamat Insiden Kebakaran Di London

London – Penduduk Muslim London yang bangun untuk bersahur dilaporkan membantu menyelamatkan nyawa penghuni dalam kebakaran besar yang melanda Menara Grenfell di London.

Beberapa orang penghuni pangsapuri 24 tingkat tersebut menceritakan, mereka tidak mendengar penggera apabila api mula menjilat bangunan tinggi di barat London tersebut.

Sebaliknya, mereka dikejutkan oleh warga penghuni, beberapa di antaranya adalah warga Muslim yang bangun untuk bersahur. Warga Muslim antara orang pertama yang menyedari kebakaran yang berlaku itu.

Api mulai marak tidak lama selepas tengah malam dan ketika penghuni blok pangsapuri itu sedang tidur.

Warga Muslim antara yang pertama berada di tempat kejadian saat penghuni sedang dipindahkan dari Menara Grenville.

Andre Barroso, 33 tahun, berkata kepada The Independent, “Muslim memainkan peranan besar dalam membantu orang ramai keluar.

“Sebahagian besar orang yang saya lihat adalah Muslim, mereka juga telah menyediakan makanan dan pakaian.”

Barroso berkata ketika itu ramai orang masih mencari rakan dan saudara-mara yang tinggal di dalam bangunan itu.

Ramai orang telah menyumbangkan air, makanan dan pakaian ke Gereja St Clement berhampiran di mana penduduk setempat mendapatkan perlindungan. Ada yang mengedarkan botol air kepada orang-orang yang menunggu di luar.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Facebook Ilmfeed, seorang wanita menceritakan detik cemas ketika kebakaran berlaku dan bagaimana orang-orang Muslim membantu.

“Orang ramai berlari ke dalam bangunan itu. Jika tidak kerana pemuda-pemuda Muslim ini di sekitar sini yang datang dari Masjid membantu kita, orang akan mati.. Lebih ramai orang akan mati.

“Mereka (anti-Muslim) mahu bercakap tentang mereka (Muslim) apabila mereka (Muslim) berbuat salah dan perkara seperti itu, apabila mereka (Muslim) berbuat baik…

“Mereka adalah orang pertama dengan berbeg-beg air, memberikan kepada orang dan membantu orang.. Berlari dan memaklumkan kepada orang, di mana-mana,” katanya dengan nada tinggi.

Laporan terbaru mengatakan kira-kira enam mangsa maut dalam kebakaran pangsapuri London. Pada masa ini terdapat mangsa yang mengalami luka kini sedang dirawat di hospital.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCdwR6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.