2 Anak Mereka Hilang Dlm Tsunami 2004. Slps 10 Tahun Hilang Akhirnya Mereka Bertemu, SEBAK !!!
Siapa yang dapat lupakan tragedi tsunami yang berlaku hampir 13 tahun lepas? Pada 26 Disember 2004, sekurang-kurangnya 200,000 orang terbunuh di 14 buah negara dan Aceh, Indonesia antara yang paling teruk terjejas oleh kerana bencana alam tersebut.
Seperti mangsa bencana yang lain, keluarga Rangkuti antara yang terkesan teruk akibat dari bencana itu. Saat tsunami menimpa Aceh, Septi Rangkuti telah meletakkan tiga orang anaknya di atas sebuah papan kayu yang besar untuk mengelakkan anak-anaknya dari lemas, menurut Newsner.Walau bagaimanapun, dua daripada tiga orang anaknya hanyut ke laut. Mereka ialah anak lelakinya berusia empat tahun, Arif dan anak perempuannya berusia tujuh tahun, Raudhatul.
Sebaik sahaja air surut, Septi dan isterinya, Jamaliah mencari anak yang hilang selama sebulan, namun usaha mereka bertemu jalan hampa.
Menyedari peluang mereka semakin tipis, pasangan ini redha dan memberi tumpuan dalam membesarkan anak yang masih hidup dan memulakan hidup baru.
Walau bagaimanapun, selepas 10 tahun berlalu, 2014 membawa sinar baru setelah abang kepada Septi terlihat iras-iras wajah seseorang yang dikenalinya di kampung. Dia juga mendapat tahu bahawa gadis itu telah menjadi anak yatim selepas tragedi tsunami.
Menurut gadis tersebut, dia telah dihanyutkan ombak laut sejauh 128 km jauh dari rumahnya. Dia kemudiannya terdampar di sebuah pulau kecil, yang mana dia diselamatkan oleh seorang nelayan yang baik hati. Lelaki tersebut membawa dia ke rumah dan dia dibesarkan oleh ibu kepada nelayan tersebut sejak 10 tahun lalu.
Mengesyaki gadis itu mungkin anak kepada Septi, abang Septi telah menghubungi Jamaliah dan menceritakan berita baik itu kepadanya. Sungguhpun begitu, masih terlalu awal untuk gadis itu dikatakan anak kepada Septi kerana dia menggunakan nama yang berbeza dan tidak mempunyai banyak ingatan akan hidupnya sebelum tsunami berlaku.
Pertemuan kemudian diatur antara Septi dan isterinya dengan keluarga nelayan tersebut. Pada saat mereka ditemukan, Septi dan Jamilah yakin benar bahawa gadis itulah anak mereka yang hilang hampir 10 tahun lepas.
Gadis itu kemudian disatukan bersama keluarganya. Pun begitu, kisah mereka tidak berakhir di situ saja…
Disebabkan liputan media yang menyeluruh terhadap pertemuan itu, Arif yang juga hilang bersama kakaknya semasa tragedi tsunami tersebut ditemukan juga. Syukurlah!
Menurut laporan Newsner, hanya Raudhatul saja yang diambil nelayan tersebut sejak mereka tiba di pulau itu kerana dia tidak mampu untuk menjaga Arif. Anak kecil tersebut ditinggalkan sendirian dan menjadi gelandangan selama beberapa tahun sebelum sebuah keluarga lain mengambilnya sebagai anak angkat.
Selepas melihat gambar Arif tersebar di televisyen, keluarga yang menjaga Arif menghubungi Septi dan membenarkan Arif untuk tinggal bersama keluarga kandungnya.
Akhirnya keluarga Rangkuti bersatu semula selepas 10 tahun! Didoakan semoga keluarga ini sentiasa bahagia selalu.
Sumber : Lobak Merah
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCVmxm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment