Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peguam terima dana Najib RM9.5 juta: Tekanan dari Majlis Peguam pula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peguam terima dana Najib RM9.5 juta: Tekanan dari Majlis Peguam pula

Majlis Peguam gesa polis siasat peguam terima dana Najib RM9.5 juta

  | June 3, 2017
Presiden Majlis Peguam berkata, terlalu awal bagi merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.
PETALING JAYA: Majlis Peguam mahu polis menyiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih dakwaan Sarawak Report seorang peguam terkemuka menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Polis perlu menyiasat kes itu dengan mendalam kerana dakwaan itu sangat serius,” kata Presidennya, George Varughese.
Ketika bercakap kepada FMT, beliau berkata, terlalu awal bagi Majlis Peguam untuk merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.
Varughese berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut membuat laporan polis semalam mendakwa peguam terkemuka itu, yang pernah bertindak sebgai pendakwa raya ad-hoc dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima wang daripada perdana menteri.
Syed Saddiq berkata beliau membuat laporan itu demi mengelak sebarang persepsi negatif terhadap sistem kehakiman Malaysia.
Laporan polis itu dibuat susulan laporan Sarawak Report awal minggu ini yang mendakwa RM9.5 juta telah dibayar dari akaun Najib.
Najib berhadapan dengan kecaman ekoran laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai 2015 mendakwa RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau pada Mac 2013.
Bagaimanapun Najib menafikan sebarang salah laku sambil mendakwa wang itu adalah sumbangan kerabat diraja Arab Saudi untuk membiayai kempen pilihan raya umum Umno pada tahun 2013.
Beliau juga telah dibersihkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal tahun lalu daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung dengan derma itu.
Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan kes liwat, juga mempersoalkan mengapa peguam tersebut telah dibayar dengan jumlah itu.
Semalam, beliau menggesa peguam kanan itu disiasat atas alasan dakwaan tersebut amat berat.

KaitanNazri tepis dakwaan Shafee dibayar RM9.5j


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBhLZb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.