Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak patut abang saya diperlakukan begitu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak patut abang saya diperlakukan begitu

“Tidak sepatutnya abang saya diperlakukan begitu, apa salah dia,” demikian ujar Zulhelmie Idros Zulkarnain, adik kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia malam tadi kerana disyaki didera.

Menurutnya, dia tidak sangka perkara itu berlaku kepada abangnya.

Zulhelmie dalam nada sebak ketika ditemui di hadapan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang di sini, hari ini, turut menyatakan abangnya adalah seorang yang peramah.

“Kami sekeluarga amat terkejut selepas menerima panggilan kira-kira pukul 11 malam mengatakan arwah abang telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

Tentang persediaan menyambut hari raya dengan Allahyarham, Zulhelmie berkata, dia sekeluarga sudah membeli baju melayu berwarna kelabu untuk dipakai sedondon.

“Baju raya ini kami beli untuk pakai bersama pada hari raya pertama,” katanya.

Zulhelmie kali terakhir bertemu abangnya kira-kira sebulan lepas ketika Allahyarham pulang ke rumah mereka di Bandar Uda Pertama, Skudai, Johor bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, seramai 36 mahasiswa Universiti Pertahanan  Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia lingkungan 20 dan 21 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa malam tadi.

Jenazah allahyarham Zulfarhan Osman akan disembahyangkan di Masjid Kampung Kampung Kurnia, Johor Bharu, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun Teh.

The post Tidak patut abang saya diperlakukan begitu appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4xMu3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.