Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pas Johor bakal tanding 17 kerusi Parlimen, 40 DUN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pas Johor bakal tanding 17 kerusi Parlimen, 40 DUN

JOHOR BAHRU: Pas akan bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin berkata pihaknya sudah mengenal pasti kesemua kerusi berkenaan, namun, nama-nama kerusi terbabit belum boleh didedahkan buat masa ini.

"Kita (Pas) telah buat perbincangan dalam hadapi PRU kali ini iaitu memutuskan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di negeri ini berbanding lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU lepas.

"Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Johor di sini, hari ini.

Abdullah yang juga anggota DUN Puteri Wangsa berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi PRU dengan persiapan maksimum dan hanya menunggu ''wisel'' dibunyikan.

"Walaupun Pas dalam keadaan bersendirian dan tidak bekerjasama dengan parti lain, ia tidak bermakna kita (Pas) akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Johor kerana kita ada perkiraan dan pertimbangan tersendiri," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqhr0i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.