Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 pelajar maut: Pemandu van Tahfiz Al Hashimi tiada lesen memandu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 pelajar maut: Pemandu van Tahfiz Al Hashimi tiada lesen memandu

KUALA KRAI, KELANTAN – Polis hari ini mendedahkan pemandu van Tahfiz Al Hashimi yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan tujuh pelajar di KM55, berdekatan Kampung Telekong, semalam, tiada lesen memandu. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, berkata, pemandu van Maxus 80 itu, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 24, dipercayai hilang kawalan selepas memotong sebuah kenderaan di hadapannya.
“Hasil siasatan mendapati, pemandunya dipercayai tiba-tiba hilang kawalan selepas memotong sebuah kenderaan di hadapannya. 
“Apabila pemandu van terbabit masuk semula ke laluannya, secara tiba-tiba van yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan,” katanya, memetik laporan dari Berita Harian online. 
Dalam kejadian jam 9.40 pagi semalam, 12 pelajar tahfiz yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir Al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh pelajar tahfiz. 
Lima mangsa termasuk seorang yang berasal dari Thailand, maut serta-merta di tempat kejadian, manakala dua lagi pelajar meninggal dunia di Hospital Kuala Krai, ketika menerima rawatan. 
Siasatan awal terhadap pemandu van berkenaan tidak menemui sebarang rekod kesalahan trafik. Malah ujian air kencingnya juga negatif. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2spHMvp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.