Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakan Dedah Punca Sebenar Mangsa Dipukul Hanya Kerana Sebab Remeh Ini! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakan Dedah Punca Sebenar Mangsa Dipukul Hanya Kerana Sebab Remeh Ini!

(Foto: freemalaysiatoday.com)
PETALING JAYA: Dia diikat, dipukul dan ditekap dengan seterika wap selama beberapa hari yang membawa kepada kematiannya hanya kerana pertikaian komputer riba.

Lelaki berusia 21 tahun itu yang merupakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dihantar ke Hospital Serdang pada hari Khamis. Terdapat 80% kesan lebam dan tanda terbakar pada mayatnya.

Kematian mangsa dikategorikan dalam kes bunuh dan polis telah menahan 36 pelajar UPNM dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan, lapor Bernama.

Kerana pertikaian laptop, mangsa dipukul dan diseksa selama dua hari menggunakan tali pinggang, hos getah, seterika dan penyangkut baju oleh rakan universiti pada 20 dan 21 

Mei, kata sumber itu.

Seminggu kemudian pada 27 Mei, dua daripada rakan menghantar mangsa ke klinik di Bangi untuk rawatan.

"Kemudian dia dibawa ke klinik sekali lagi pada 31 Mei," kata sumber itu.

Kali ini, mereka tidak pulang ke universiti kerana mereka telah menyelinap keluar tanpa kebenaran, dan dipercayai telah tinggal di sebuah pangsapuri di Serdang.

Kedua-dua mereka sedar bahawa keadaan Zulfarhan semakin buruk pada sekitar jam 8 malam pada hari Khamis dan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain mengejarkan mangsa ke Hospital Serdang.

Zulfarhan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qN37Bz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.