Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lampu landasan LTSIP tidak berfungsi jejaskan jadual penerbangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lampu landasan LTSIP tidak berfungsi jejaskan jadual penerbangan

KUALA LUMPUR: Semua penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu ditunda sejak lewat petang tadi akibat masalah teknikal, dipercayai lampu di landasan tidak berfungsi.

Salah seorang mangsa yang terkandas, Mohd Adi Lokman, 26, berkata dia dimaklumkan melalui pengumuman yang dibuat oleh syarikat penerbangan, bahawa lampu pada landasan tidak berfungsi sekali gus mengakibat semua penerbangan ditunda.

"Penerbangan saya untuk pulang ke Kuala Lumpur dijadual pukul 9.40 malam tadi. Tapi ia ditangguhkan. Saya pun tidak pasti ditangguhkan hingga pukul berapa.

"Syarikat penerbangan maklumkan kepada saya untuk datang semula 12.30 tengah malam nanti," katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Keadaan di LTSIP, Kota Bharu selepas khabar mengenai masalah teknikal di landasan. - Foto: Adi Lokman

Katanya, sehingga kini penumpang yang terkandas tidak dimaklumkan secara terperinci berhubung punca kejadian serta waktu penerbangan seterusnya.

Difahamkan, terdapat jadual penerbangan pesawat syarikat AirAsia yang terpaksa dibatalkan, manakala belum ada maklumat berkaitan jadual penerbangan dari pihak Malindo dan FireFly.

Astro AWANI akan mendapatkan penjelasan daripada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) berhubung kejadian tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvOQ9I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.