23 Jun cuti sekolah sempena Aidilfitri
KEMENTERIAN Pendidikan bersetuju, semua sekolah bagi Kumpulan B akan cuti berganti pada 23 Jun (Jumaat) sempena Aidilfitri.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, berikutan itu, persekolahan pada hari berkenaan perlu diganti pada 17 Jun (Sabtu) iaitu sebelum bermula cuti persekolahan sempena Aidilfitri
“Cuti berganti ini membabitkan sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Buka Puasa Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini.
Pada 5 Jun lalu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar.
Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad dipetik berkata, mengikut jadual asal yang dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun ini (Jumaat) manakala negeri lain bermula pada 24 Jun (Sabtu).
Beliau dilaporkan berkata, kesesakan jalan raya dijangka teruk pada Sabtu kerana orang ramai mula cuti dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun (Ahad).
Sumber: Metro
Sumber 23 Jun cuti sekolah sempena Aidilfitri
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVhXW4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment