Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Di Pattani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Di Pattani

PATTANI – Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera dalam insiden serangan bom di Mukim Peng, Saiburi di Pattani, selatan Thailand petang tadi.

Ketua Polis Daerah Saiburi Kol Mana Dechawaris berkata bom seberat 20kg itu diletak di tepi jalan raya dan meletup ketika lima anggota keselamatan sedang melalui jalan raya itu dengan menaiki kereta perisai.

“Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera akibat letupan bom itu,” katanya hari ini dan menambah, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu Ketua Tentera Bahagian Keempat Lt Jen Piyawat Nakwanich menaiki helikopter dari Pattani ke Benang Setar, Yala petang tadi untuk bertemu dengan seorang lelaki yang bersetuju menyertai program ‘Bawa Balik Kampung’.

Lelaki itu, Bukhari Hasa disyaki anggota kumpulan militan selatan Thai dan memiliki lima waran tangkap atas insiden pengeboman yang berlaku 10 tahun lepas di Yala.

Program ‘Bawa Balik Kampung’ merupakan program deradikalisasi oleh pihak berkuasa Thailand untuk membantu mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan militan kembali semula ke pangkuan masyarakat. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2samVwg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.