Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga minyak turun lagi, kini di bawah paras RM2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga minyak turun lagi, kini di bawah paras RM2

Harga bahan api untuk minggu ketiga bulan Jun turun lagi, selepas mencatatkan penurunan harga dua minggu sebelum ini.

ron95

Harga RON95 dan petrol RON97 turun sebanyak tujuh sen, manakala diesel berkurangan sebanyak enam sen.

RON95 turun dari RM2.05 seliter kepada RM1.98 seliter, manakala harga RON97 akan turun dari RM2.31 seliter kepada RM2.24 seliter.

Bagi harga diesel, ia akan turun dari RM1.94 seliter sebelum ini kepada RM1.88 seliter.

Harga baharu akan berkuatkuasa bermula tengah malam 15 Jun sehingga 21 Jun.

Harga terbaru ini telah diumumkan di RTM1 dan menerusi pengumuman di Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan petang Rabu.

Mekanisme harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan api.
Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sADog3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.