Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebakaran Di London: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebakaran Di London: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kebakaran awal pagi Rabu di Grenfell Tower, North Kensington, London.

Namun ia menasihatkan rakyat Malaysian yang hadir atau menetap berdekatan kawasan terlibat dan memerlukan bantuan konsular agar menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London di alamat berikut:

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London

No. 52, Bedford Row London WC1R 4LR

Tel: +44 207 235 80333

E-mail: [email protected]

“Kementerian Luar menyampaikan simpati yang mendalam kepada mangsa yang terbabit dalam insiden tersebut,” katanya.

Menurut laporan berita, blok apartmen setinggi 27 tingkat itu musnah berikutan api besar yang dipercayai berlaku sebelum 1 pagi waktu tempatan. Lebih daripada 250 anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus menyelamat para penghuni dengan 100 anggota polis dan 100 petugas perubatan turut berada di tempat kejadian.

Pihak polis mengesahkan terdapat sejumlah angka kematian sementara Perkhidmatan Ambulans London berkata 50 orang telah dibawa ke lima buah hospital setakat pukul 8 pagi. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhtkVk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.