Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat DIHALAU Keluar Dari Arab Saudi. Ini TINDAKAN BALAS Qatar Yg Amat MENGEJUTKAN Dunia !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat DIHALAU Keluar Dari Arab Saudi. Ini TINDAKAN BALAS Qatar Yg Amat MENGEJUTKAN Dunia !!!

Loading...

Krisis Teluk yang membabitkan Qatar dan Arab Saudi masih tidak menunjukkan petanda akan tamat. Walaupun ribuan rakyat Qatar di negara-negara Arab terlibat telah dihalau keluar, Qatar menunjukkan tindakan balas yang sangat baik apabila membenarkan rakyat dari negara yang memutuskan hubungan diplomatik tinggal di wilayah negaranya.
Sekadar Gambar Hiasan.

Sebuah kenyataan yang dilaporkan oleh media kerajaan Qatar menyatakan Doha “..tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap rakyat yang berasal dari negara-negara yang memutuskan hubungan diplomatik atau menurunkan perwakilan perwakilan diplomatik dengan Qatar.” Demikian seperti Laicikang.com petik dari Al Arabi, Isnin (12/6/2017).Dalam kenyataan itu disebutkan pula, Qatar bertindak sesuai dengan keyakinan dan prinsipnya yang teguh. Tindakan ini telah mengejutkan dunia. Ianya seperti pepatah,dibaling batu, tetapi dibalas dengan buah yang manis (dipopularkan oleh Imam As Syahid Hasan Al Banna).

Sementara itu, dasar pemutusan hubungan diplomatik dan sekatan udara dan laut yang diambil Saudi dinilai akan menjejaskan lebih daripada 11,000 rakyat negara-negara Teluk.

Atas dasar tuduhan menyokong ekstremisme dan keganasan, Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Mauritius, Mauritania, Yaman, Libya, dan Maldives memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan Bahrain malah mengenakan sekatan udara dan laut terhadap Qatar dan memerintahkan rakyat yang berasal dari Qatar meninggalkan negara mereka dalam waktu 14 hari sejak pemutusan hubungan diplomatik pada 5 Jun lalu.

Data Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Kebangsaan Doha menunjukkan, seramai 8,254 rakyat Saudi bermukim di Qatar. Manakala, terdapat seramai 2,349 warga Bahrain yang tinggal di negara Qatar yang hanya mempunyai luas 11,571 kilometer persegi tersebut.

Qatar yang merupakan salah satu pemilik Sovereign Wealth Fund (SWF) terbesar di dunia ini pun menjadi “rumah” bagi 748 rakyat Emiriah Arab Bersatu.

Sumber : Laicikang

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAHtk5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.