Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecewa Adik-Beradik Keluar Kenyataan Hal Keluarga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecewa Adik-Beradik Keluar Kenyataan Hal Keluarga

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kecewa kerana adik-beradiknya memilih untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan hal peribadi keluarga.

“Saya amat sedih terhadap dakwaan yang telah dibuat mereka. Ho Ching dan saya menafikan dakwaan ini terutama dakwaan yang tidak masuk akal bahawa saya menyimpan cita-cita politik untuk anak lelaki saya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

“Walaupun adik-beradik mungkin mempunyai perbezaan, saya percaya perbezaan itu harus hanya melibatkan keluarga. Sejak ayah saya meninggal dunia pada Mac 2015, saya sebagai anak sulung, telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah antara kami dalam keluarga, demi menghormati ibu bapa kita,” kata beliau.

Lee berkata kenyataan adik-beradiknya telah melukakan legasinya.

2 Adik Kutuk PM Singapura Makin ‘Gila Kuasa’

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk berbuat baik kepada ibu bapa saya. Pada masa yang sama, saya akan terus berkhidmat kepada rakyat Singapura dengan jujur dan kemampuan terbaik saya. Khususnya, dalam menegakkan meritokrasi yang meruipakan nilai asas masyarakat kita,” kata beliau.

“Sebagaimana adik-beradik saya dimaklumkan, saya kini beraxda di luar negara kerana bercuti bersama keluarga. Saya akan mempertimbangkan perkara ini selepas kembali pada hujung minggu ini,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon kepada kenyataan umum enam muka surat yang dikeluarkan oleh adik-beradiknya awal hari ini.

Dalam kenyataan mereka, Dr Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang antatra lain berkata mereka hilang kepercayaan terhadap abang mereka, Perdana Menteri Lee.

Mereka berkata bahawa mereka memerhatikan bahawa Hsien Loong dan Ho Ching mahu mewarisi legasi Lee Kuan Yew untuk tujuan politik mereka sendiri.

“Kami juga percaya, berdasarkan interaksi kami bahawa mereka mempunyai cita-cita politik untuk anak lelaki mereka, Li Hongyi,” kata mereka dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook mereka sekitar jam 2 pagi hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan dengan tajuk “What has happened to Lee Kuan Yew’s values? (Apa sudah jadi dengan nilai Lee Kuan Yew?)

Kebanyakan kenyataan itu tertumpu kepada hasrat Lee Kuan Yew untuk melihaty rumahnya di 38 Oxley Road dirobohkan oleh ketiga-tiga anaknya.

Menurut kenyataan tersebut, sepanjang hidupnya, fokus utama Lee Kuan Yew adalah pada Singapura dan masa depannya.

“Dia membantah keras monumen terutama monumen dirinya dibina,” kata beliau.

Bagaimanapun, adik-beradik itu percaya bahawa Hsien Loong dan Ho Ching didorong oleh keinginan untuk mewarisikan kedudukan dan reputasi Lee Kuan Yew untuk diri sendiri dan anak-anak mereka.

“Ketika ayah kita membina negara ini berdasarkan meritokrasi, Hsien Loong pula, walaupun mendukung nilai-nilai ini, telah bersuara mengenai “aristokrasi bersifat natural”.

Mereka berkata Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching, membantah hasrat Lee Kuan Yew’ untuk merobohkan rumahnya, walaupun semasa Lee Kuan Yew masih hidup.

Sesungguhnya, mereka berkata Hsien Loong dan Ho Ching meluahkan rancangan untuk berpindah bersama keluarga ke rumah itu secepat mungkin selepas Lee Kuan Yew meninggal dunia.

“Langkah ini dikatakan dapat mengukuhkan mandat yang diwarisi Hsien Loong untuk dirinya dan keluarganya.

“Selain itu, walaupun jika Hsien Loong tidak tinggal di 38 Oxley Road, pemeliharaan rumah itu akan meningkatkan lagi suntikan modal politik beliau,” kata mereka.

Akhirnya, ia tidak sukar untuk melihat rumah terletak di 38 Oxley Road harus dirobohkan, kata Dr Wei Ling dan Hsien Yang yang merupakan wasi dan pemegang amanah bersama harta pusaka Lee Kuan Yew.

Mereka berkata terdapat pertalian penuh antara antara hasrat terakhir Lee Kuan Yew dan rakyat Singapura kerana terdapat sokongan padu di kalangan rakyat Singapura bagi merobohkan rumah tersebut.

Merujuk kaji selidik bebas YouGov yang disiarkan pada 22 Dis, 2015, mereka berkata bahawa 77 peratus daripada rakyat Singapura menyopong perobohan rumah Lee Kuan Yew dan hanya 17 peratus menentangnya.

“Kami adalah warga persendirian tanpa mempunyai cita-cita politik. Kami tidak meraih apa-apa manfaat daripada perobohan rumah di 38 Oxley Road, selain makluman bahawa kami telah menunaikan hasrat terakhir ayah kami,” kata kedua adik-beradik itu.

Bagaimanapun, adik-beradik itu menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu “bukan sama sekali kritikan terhadap kerajaan Singapura kerana mereka telah menyaksikan “ramai pemimpin jujur yang berkualiti lagi integriti dalam keseluruhan perkhidmatan awam.” – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssIRFI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.