Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM dapat bukti jutaan ringgit duit FGV diseleweng bayar syarikat adik ipar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM dapat bukti jutaan ringgit duit FGV diseleweng bayar syarikat adik ipar

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah berjaya menemui dokumen berkaitan seorang individu berprofil tinggi dalam syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGV) yang disyaki terlibat menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa.


Menurut laporan yang disiarkan oleh portal Kosmo! Individu terbabit didakwa telah mengarahkan FGV untuk membuat pembayaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada sebuah syarikat milik adik iparnya yang menganjurkan majlis-majlis keramaian bersama peneroka Felda sejak 3 tahun lalu.

"Wang sebanyak RM1 juta telah dikeluarkan bagi membayar kos untuk mengendalikan majlis keramaian bersama dengan peneroka-peneroka Felda sejak tiga tahun lalu kepada syarikat milik adik iparnya," tulis laporan itu yang memetik sumber daripada SPRM.

Nampaknya banyak lagi penyelewengan demi penyelewangan yang berlaku dalam FGV akan didedahkan tidak lama lagi. Ini kerana minggu lalu SPRM bersama 25 anggotanya telah bertindak menyerbu pejabat komersial FGV di Menara Felda Kuala Lumpur.

Serbuan itu dipercayai untuk mengambil dokumen-dokumen berkaitan siasatan terhadap FGV, yang merupakan sebuah cabang komersial Felda.


Sumber artikel: milosuam.net





✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1QMXC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.