Hi! Welcome Back and Stay Tune! Satu Lagi Junaman Malam Ini Dalam Pasaran Minyak Mentah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Satu Lagi Junaman Malam Ini Dalam Pasaran Minyak Mentah

Data terbaru inventori minyak mentah US yang dikeluarkan oleh EIA (Energy Information Administration) merekodkan kemerosotan sebanyak 1.7 juta tong pada minggu berakhir 9 Jun berbanding tambahan 3.3 juta tong pada minggu sebelum itu.

Jangkaan bagi data kali ini ialah kemerosotan yang lebih banyak sehingga 2.5 juta tong. Hal ini lah yang menyebabkan harga minyak WTI (West Texas Intermediate) jatuh sehingga $1.75 dari $46.61 apabila pengurangan sebenar kurang daripada jangkaan pasaran.

Pengeluaran minyak mentah di US merekodkan peningkatan 0.1% pada tempoh sama di mana tahun ini sahaja telah meningkat 7%. Inventori gasolin merekod peningkatan 2.1 juta tong minggu lalu dengan kenaikan tahunan sebanyak 2.3%.

Walaupun terdapat kelegaan dengan laporan data kali ini, inventori secara keseluruhan meningkat lebih tinggi daripada jumlah yang direkod dua minggu lalu. Tambahan lagi proses dalam menyerap lebihan inventori dilihat semakin perlahan.

Data API sebelum ini merekod tambahan 2.8 juta tong minggu lalu dan menyebabkan harga minyak WTI jatuh mendadak selepas data ini dikeluarkan.

Minyak Brent (Brent-oil) turut menjunam sebentar tadi dari $48.82 setong sehingga $47.09 setakat ini.

The post Satu Lagi Junaman Malam Ini Dalam Pasaran Minyak Mentah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saG1lT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.