Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Cara Ini Gerenti Sukses Biakkan Duit Raya Anak, Apa Pun Mulakan Budaya Menyimpan Dari MakAyah Dulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Cara Ini Gerenti Sukses Biakkan Duit Raya Anak, Apa Pun Mulakan Budaya Menyimpan Dari MakAyah Dulu

5 Cara Ini Gerenti Sukses Biakkan Duit Raya Anak, Apa Pun Mulakan Budaya Menyimpan Dari MakAyah Dulu

Menjelang Syawal, anak-anaklah yang paling seronok. Bukan sahaja bergaya dengan baju baru malah sepanjang bulan mulia ini, anak-anak menjadi Orang Kaya Baru (OKB) hasil kutipan duit raya.

Kepada ibu dan ayah, jangan pula menjeling-jeling duit raya anak. Jangan pernah terfikir untuk menggunakan duit anak-anak untuk kepentingan diri. Sebaliknya bersikap amanah dan membantu anak-anak membiakkan duit raya anak.  Nak tahu caranya? Jom semak tip ini.

1.    Simpan Duit Anak Dalam Bank

Jangan simpan duit raya anak di rumah sebaliknya masukkan terus ke akaun bank mereka. Selain bahaya kerana terdedah kepada kes kecurian atau kehilangan akibat kecuaian, ia juga boleh menyebabkan ibu dan ayah ‘terguna’ duit anak-anak.

Sebaik-baiknya simpan duit anak dalam akaun ASW, SSPN atau Tabung Haji yang mempunyai dividen yang tinggi. Sudah pasti wang anak bertambah dari semasa ke semasa.

2.    Didik Anak Budaya Berjimat Cermat

Lumrah anak-anak memang mahu berbelanja besar dengan duit raya yang diperoleh. Jangan ikutkan kemahuan mereka, semuanya mesti berpada-pada. Beli barang yang anak mahu dengan bajet sederhana, selebihnya simpan dalam bank. Didik anak berjimat dan menghargai nilai wang.

3.    Sederhana Beraya

Tidak perlu berbelanja besar membuat persiapan raya. Cukup sekadar meraikan Syawal secara sederhana. Amalan ini membantu anda mengawal bajet kewangan dan tidak terjebak dengan hutang. Ia juga mengelakkan ibu dan ayah meminjam duit raya anak.

4.    Beri Upah/ Ganjaran

Ajar anak berdikari dari kecil. Beri upah jika mereka membantu anda melakukan kerja rumah. Biar anak tahu jika mahukan wang mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.

5.    Ajar Berniaga

Anak-anak cepat bosan dengan alat mainan atau games. Ajar mereka menjaga alat mainan dengan elok supaya ia boleh dijual kembali. Tunjuk cara menjual barangan terpakai kepada anak menerusi online seperti Mudah.my.  Ia pasti membuka mata anak-anak untuk menambah tabungan mereka.

Tip Jimatkan Kos Pemberian Duit Raya

•    Banyakkan Helaian Duit Bukan Kuantiti

Jika dahulu kita biasa bagi RM50 tahun ini kita bagi RM40. Guna duit RM20X2 = 40. Nilai tidak jauh beza dan anak-anak pasti teruja melihat duit berwarna oren sangat menarik dan helaian lebih banyak.

•    Sediakan Sampul Raya Yang Unik

Untuk menarik perhatian kanak-kanak apa salahnya anda berbelanja sikit dengan membeli sampul duit raya yang menarik. Contohnya kartun Upin Ipin, Boboi boy dan Tobot. Apabila mereka melihat sampul yang menarik itu mereka tidak akan kisah akan isi di dalamnya.

Ajar Anak Urus Wang Seawal Usia Tiga Tahun

Ketahui apa yang boleh anda praktikkan dalam mendidik anak-anak menguruskan duit raya yang diperoleh dengan bijak sejak dari kecil.

1. Bila Tabungan Penuh, Baru Boleh Belanja

Kanak-kanak boleh dididik tentang pengurusan wang yang bijak ketika mereka berusia 3 tahun lagi. Pada tahap ini, anda perlu terangkan kepada mereka bagaimana perlu menabung dan menunggu duit tabungan cukup, barulah mereka boleh membeli sesuatu yang diinginkan.

2. Mak Ayah Kena Cekalkan Hati

Jangan tewas dengan serangan emosi seperti tangisan dan sebagainya yang dilancarkan oleh si kecil, supaya mereka belajar cara mendapatkan sesuatu bukan dengan cara yang mudah. Si kecil tentunya bijak dan boleh memahami apa yang anda ajarkan sejak kecil.

3. Labelkan 3 Tabungan

Sediakan 3 tabung untuk anak dengan setiap satunya dilabel; 'simpanan', 'belanja' dan 'kongsi'. Setiap kali anak anda ingin menabung, pastikan mereka membahagikan duit sama rata untuk disimpan ke dalam ketiga-tiga tabung tersebut. Tabung simpanan untuk mereka simpan ke dalam bank atau membeli sesuatu yang agak mahal, tabung belanja untuk mereka gunakan bagi membeli stiker comel atau gula-gula kegemaran dan tabung 'kongsi' untuk digunakan bagi tujuan seperti memberi derma kepada kawan-kawan yang memerlukan.

4. Umur 5 Tahun, Tetapkan Matlamat Apa Yang Mereka Inginkan

Pada umur si kecil anda lima tahun, mereka pasti sudah cukup bijak untuk menetapkan matlamat bagi tabungan mereka. Dengan cara tersebut mereka akan dapat apa yang dihajati dengan duit tabungan itu. Jika barang permainan atau barangan lain diinginkan itu mahal harganya, anda boleh membantu dengan cara yang betul untuk memastikan matlamat mereka tercapai dalam masa ditetapkan. Contohnya mereka boleh menolong anda membasuh kereta atau menolong membuat kerja rumah atau mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran.

5. Kira & Bantu Anak Cara Nak Capai Matlamat

Setiap kali anak anda menabung, bantu mereka mengira berapa jumlah yang ada, beritahu berapa lagi wang yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu dan berikan dorongan untuk mereka terus menabung. Aktiviti sebegini menyeronokkan si kecil anda dan mereka pasti lebih teruja untuk terus menabung.

6. Umur 6 Tahun, Biarkan Anak Buat Keputusan

Apabila si kecil berusia 6 tahun, anda boleh melibatkan mereka dalam membuat keputusan tentang pembelian. Berikan mereka sedikit wang untuk dibelanjakan dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri apa yang mahu dibeli. Dengan cara tersebut anda dapat mengajar mereka membuat keputusan dengan duit mereka sendiri.

7. Libatkan Anak Dalam Urusan Pembelian

Apabila keluar membeli-belah, anda dan pasangan mungkin boleh berbincang di hadapan anak-anak tentang keperluan barangan yang akan dibeli. Ia mungkin sudah ada di rumah atau boleh dipinjam atau boleh dibeli dengan harga yang lebih murah di tempat lain. Anak-anak akan belajar untuk menguruskan wang dengan lebih bijak daripada pemerhatian mereka terhadap anda berdua.


 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssDlmu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.