Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Baru di Hari Raya Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Baru di Hari Raya Ini

thetelegraph%2B-%2BCopy%2B-%2BCopy.jpg

Alat memasak yang selalu kita gunakan mesti telah digunakan berkali-kali, dan telah lama. Tetapi, ianya masih elok lagi untuk digunakan, walaupun mempunyai karat, serta kesan kerak yang melekat pada permukaan kuali dan periuk.

Bila dah macam ini, mestilah nak disental dengan kuat, lagi-lagi kalau dah terlalu lama, dan kerak tersebut mula menebal.

Bukan itu sahaja, bila dah nak dekat raya, mesti nak semuanya nampak baru, biar pun tak dapat beli yang baru, tapi kalau dah berkilat, pastinya memuaskan hati, dan berkobar-kobar nak memasak juadah hari raya.

Anak-anak yang ada dekat rumah pun, mestilah hairan, dan mereka pun akan seronok nak tolong, mana tidaknya, bila sesi membasuh periuk belanga nanti tidaklah terlalu sukar, sebab kerak dan karat dah tak ada.

Kali ini, admin nak kongsikan cara bagaimana kita boleh hilangkan karat dan kerak dengan mudah.

1. Asam limau

Manfaat-dan-Khasiat-Limau-Nipis.jpg

Ini selalunya kita gunakan nak hilangkan minyak kan, tapi sebenarnya boleh juga untuk hilangkan karat, atau kerak.

Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan.

Lepas tu, rendan seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.

2. Kentang

aid743907-v4-900px-Remove-Rust-from-Pots

Ini agak luar biasa sedikit, ingat benda lembut tak boleh buat kerja macam ini.

Apa yang anda boleh buat, potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan baking soda (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh).

Sental perlahan-lahan, sampai hilang karat atau kerak tersebut.

3. Cuka

aid743907-v4-900px-Remove-Rust-from-Pots

Cara ini mungkin perlukan masa sedikit lama, lebih-lebih lagi jika karat atau kerak yang tebal.

Anda campurkan cuka, jus lemon, dan baking soda dalam air, kemudian rendamkan dalam semalaman kuali atau periuk.

Kemudian, boleh mula gosok kawasan yang terkena perlahan-lahan, kerana kesan lekatan kerak dah tidak kuat.

4. Asam keping

flickr.jpg

Ambil dalam segenggam asam keping tersebut, campurkan air sedikit, dan biar ia mendidih di dalam kuali atau periuk yang ada kesan karat.

Selepas itu, bila sudah sejuk, anda boleh mula menyental menggunakan asam keping tadi.

5. Soda bikarbonat

thetelegraph%2B-%2BCopy%2B-%2BCopy.jpg

Cara ini memerlukan anda untuk memanaskan air gunakan kuali atau periuk, kemudian masukkan soda bikarbonat tersebut.

Biarkan seketika untuk menyejuk, selepas itu anda boleh mula mencuci.

Puan Dania Ellyka juga telah gunakan cara yang sama, hasilnya kuali tersebut tampak seperti baru, berkilat sahaja.

6. Aluminium foil

aid350324-v4-900px-Clean-Rust-and-Stains

Anda boleh letakkan sedikit sabun pencuci pada bahagian yang terjejas, selepas itu, boleh mula menggosok dengan menggunakan aluminium foil tersebut.

Gosok secara kedepan dan kebelakang secara berterusan.

IMG_1332.jpg

Kebanyakan barang yang digunakan untuk kerja-kerja ini, sudah ada dekat rumah. Jadi, lepas ini, bolehlah mula menyental periuk belanga yang ada, ajak sekali anak-anak, untuk isi masa terluang yang ada. Raya nanti, barulah boleh bergaya dengan barang dapur yang seakan baru ini.

Sumber: Siakap Keli

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rM65Ut

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.