Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilihan Idris Jala satu tindakan yang bijak - Zakaria Arshad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilihan Idris Jala satu tindakan yang bijak - Zakaria Arshad

PUTRAJAYA: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad menganggap pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungannya dan tiga lagi pegawainya sebagai tindakan yang bijak.

Zakaria berkata ia tindakan yang adil dan mampu merungkai segala persoalan kemelut yang melanda FGV.

"Bagi saya bagus cadangan Idris (sebagai pihak berkecuali). Sekurang-kurang tidak adalah timbul isu berat sebelah dan tiadalah penglibatan dari pihak dalaman atau pegawai. Tak elok juga kalau dari kalangan pegawai saya, tak bagus.

"Kalau pegawai saya buat nanti dia pun serba salah. Saya rasa keputusan yang bijak oleh kerajaan untuk melantik pihak ketiga," kata Zakaria ketika ditemui media di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada Rabu.

Jelasnya, persoalan tentang perlu atau tidak dia meletak jawatan tidak timbul memandangkan tiada salah laku yang dibuatnya.

“Kenapa saya nak letak jawatan pula? Saya rasa cadangan itu tak bolehlah, kecuali saya buat salah. Nak letak jawatan buat apa?” jelasnya.

Kerajaan pada Rabu menerusi kenyataan media melantik Idris yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Zakaria selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan FGV dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah.

Idris, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd diminta untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.

Terdahulu, Zakaria hadir ke SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan dan menyerahkan dokumen FGV selepas diarahkan bercuti serta-merta oleh lembaga pengarah.

Beliau yang hadir tanpa ditemani mana-mana peguam tiba sekitar jam 2.20 petang dan hanya keluar selepas empat jam berada di dalam bangunan SPRM itu.

Mengulas pertemuan itu, Zakaria berkata, pihaknya sekali lagi akan hadir ke SPRM Putrajaya esok bagi menyambung keterangan.

Malah, kata Zakaria, dengan layanan mesra SPRM itu beliau menjangkakan isu terbabit dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

"Layanan SPRM bagus dekat 4 jam mungkin ada sambungan memang ada lagi siasatan.

"Berharap masalah ini selesai dalam dua minggu," katanya.

Semalam, Zakaria dilaporkan sebagai berkata, beliau mahu SPRM menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalah gunaan kuasa.

Jelas Zakaria, walaupun diarahkan bercuti serta-merta oleh lembaga pengarah FGV, beliau sendiri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk ketika sebelum beliau menjadi CEO lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLFrL4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.