Usd/Cad Tidak Banyak Berubah Sejak Sesi Dagangan Selasa
US dolar tidak banyak berubah berbanding Dolar Kanada pada Rabu selepas data sektor perumahan Kanada dikeluarkan sebentar tadi dengan kebimbangan dan perhatian pasaran kini terarah kepada risiko politik di Amerika.
Usd/Cad mencapai paras terendah 1.3424 dalam sesi awal dagangan New York yang merupakan paras terendah sejak 29 Mei.
Sentimen yang menyelubungi matawang greenback kekal tidak menentu menjelang keterangan James Comey di hadapan Kongres pada Khamis.
Seperti yang telah dijelaskan, risiko politik dengan keterangan Comey esok akan memberi ancaman kepada pentadbiran Trump jika beliau menuduh Trump tentang dakwaan sebelum ini. Hal ini pula akan membawa kepada ketegangan di Kongres yang akan menyukarkan Trump menggubal undang-undang baru terutamanya percukaian.
Dalam data berlainan, Kanada merekodkan permit bangunan yang merosot sebanyak 0.2% pada April berbanding jangkaan kenaikan 2.4%. Sebelum ini permit bangunan merosot 4.9% pada Mac yang mana ia telah dikaji semula dari kejatuhan 5.8%.
Berbanding matawang euro, dolar Kanada mengukuh dengan Eur/Cad menyusut 0.43% dan kini berada di sekitar 1.5095. Hal ini disebabkan laporan sebelum ini yang mengatakan ECB akan mengurangkan ramalan inflasi Zon Eropah ke sekitar 1.5% menjelang 2019 dalam penetapan kadar bank pusat Eropah yang juga akan berlangsung pada Khamis.
The post Usd/Cad Tidak Banyak Berubah Sejak Sesi Dagangan Selasa appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBedbV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment