Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guna masjid untuk berpolitik boleh pecah belah umat Islam - Mufti P. Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guna masjid untuk berpolitik boleh pecah belah umat Islam - Mufti P. Pinang

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata penggunaan masjid sebagai tempat untuk berkempen atau berpolitik dibimbangi boleh memecahbelahkan umat Islam.

Beliau berkata masjid adalah tempat untuk menyatupadukan umat Islam dan bukan untuk berpolitik kerana tindakan itu juga akan mencemarkan kesucian rumah ibadah berkenaan.

"Bila ada pertemuan dengan jawatan kuasa kariah masjid, saya akan nasihatkan mereka supaya tiada pihak yang datang ke masjid untuk memberi ceramah politik atau kempen kerana tidak mahu ada ia (masjid) di salah guna," katanya ketika diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang berceramah di dalam Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang, Selangor baru-baru ini.

Ekoran itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan duka cita terhadap tindakan anggota Parlimen daripada PKR itu.

Wan Salim ditemui pemberita selepas melawat dua beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka maut akibat kemalangan jalan raya 28 April lepas.

Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, 18 bulan yang cedera parah kedua-dua kaki mereka masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2iwON

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.