Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Makcik ambik (curi) yang ini je – Wanita Kantoi Mencuri Dalam Surau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Makcik ambik (curi) yang ini je – Wanita Kantoi Mencuri Dalam Surau

MELAKA – “Pusing ke belakang, dia hilang terus,” demikian kata mangsa selepas barangnya dicuri seorang wanita berusia lewat 40-an di surau.

Dalam kejadian berlaku di surau Melaka Sentral, 28 Mei lalu, mangsa yang juga pelajar sekolah kehilangan telefon bimbit dan beg duit ketika menunaikan solat asar di surau berkenaan.

Menurut rakan mangsa, wanita itu pada mulanya duduk di bahagian belakang surau sambil memandang mereka. Mangsa yang pada ketika itu tidak mengesyaki apa-apa, meletakkan beg ‘balik kampungnya’ di belakang.

“Selesai solat asar, dia pusing belakang tengok beg dah hilang. Nasib baik handbag dia letak di bahagian depan tempat dia solat.

“Selepas dua jam mencari di sekitar kawasan Melaka Central, akhirnya kami berjaya menemui wanita terbabit.

“Pada mulanya dia enggan mengaku, tetapi bila kami menghubungi nombor telefon mangsa, kedengaran bunyi deringan datang dari beg tangannya,” kata rakan mangsa.

Mangsa kemudian meminta wanita itu mengembalikan begnya, namun beg itu telah dibuang ke dalam tong sampah.

“Kami suruh dia bawa kami ke tempat dia buang beg itu. Memang jauh betul tempat dia buang. Nasib baik pelajar perempuan itu berjaya mendapat semula telefon bimbit dan beg duitnya,” katanya.

Difahamkan laptop dan barangan rakan mangsa juga hilang dan dipercayai diambil oleh individu lain ketika berada di surau berkenaan.

Justeru mangsa menasihatkan orang ramai berhati-hati dan meletakkan beg di tempat yang selamat.

sumber: TheReporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2xAf5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.