“Lokapkan saja anak saya itu lama-lama tuan…..”
Sebagai ibu, pastinya mereka akan menyebelahi anak dan tidak mahu perkara buruk berlaku kepada anak sendiri.
Namun, lain pula bagi seorang ibu di Kampar, Perak ini. Wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan itu meminta pihak polis supaya menahan anak lelakinya.
Menurut Harian Metro, anak wanita itu merupakan antara mereka yang ditangkap dalam Operasi Samseng Jalanan (Mat Rempit)/Ops Roda yang dijalankan di Kampar, bermula jam 8.30 malam semalam.
Gambar hiasanSebanyak 26 keping saman telah dikeluarkan kepadanya atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan lesen motor tamat tempoh.
Remaja berusia 19 tahun berkenaan telah dikesan menunggang motorsikal secara melulu dan berbahaya di Kilometer 4, Jalan Gopeng-Batu Gajah berdekatan Taman Herba, tengah malam semalam.
Selepas ditahan, pihak polis telah menghubungi orang tuanya untuk memaklumkan hal tersebut. Namun, ketika mendapat panggilan daripada pegawai polis, ibu remaja tersebut bukan bersetuju untuk hadir ke balai tetapi meminta polis menahan anaknya.
Sumber: Harian MetroLokapkan saja anak saya itu lama-lama tuan…”
Eh kenapa pulak ni?!
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soo, wanita berkenaan meminta anaknya itu ditahan lebih lama kerana degil dan tidak mendengar kata orang tua meskipun sudah ditegur banyak kali. Patut la pun…
Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ingatkan boleh lepas lah, sekali mak sendiri minta tahan lokap! Haha!
Baca: Lelaki Ditangkap Meragut Dibaling Kerusi Oleh Ibu Di Balai Polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s01IFg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment