Akim Ahmad warnakan rambut perang untuk single terbaru, Lagu Untuk Laila
KUALA LUMPUR: Vokalis The Majistret, Akim Ahmad mewarnakan rambutnya perang demi single terbaharu band itu yang berjudul Lagu Untuk Laila.
Akim Ahmad warnakan rambut perang untuk single terbaru, Lagu Untuk Laila
Akim atau nama penuhnya, Afiq Hakim Ahmad, 26, tidak gusar dengan kritikan peminat terhadap warna rambutnya itu.
“Lumrahlah kita tidak dapat membuka mulut orang. Tetapi apa yang penting, saya tahu kenapa saya mewarna rambut kepada perang keemasan.
“Saya sangat teruja berkongsi kepada peminat muzik video lagu ini nanti, ” katanya kepada BH Online.
Akim berkata, single Lagu Untuk Laila akan dilancarkan, awal bulan depan.
“Lagu ini tercipta daripada idea dan strategi saya yang diceduk daripada kisah Laila dan Majnun yang terhalang angkara darjat.
“Zimie pula bertanggungjawab mencipta melodi untuk single terbaharu kami ini, ” katanya.
Akim berkata, ‘teaser’ bagi lagu Lagu Untuk Laila akan menggunakan visual daripada filem The Good, The Bad and The Ugly yang dihasilkan pada 1966.
Sumber: Bharian
Sumber Akim Ahmad warnakan rambut perang untuk single terbaru, Lagu Untuk Laila
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gUlXSX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment