Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jualan Borong Kanada Naik 0.9% Pada Mei Melebihi Jangkaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jualan Borong Kanada Naik 0.9% Pada Mei Melebihi Jangkaan

Data jualan borong Kanada merekod kenaikan sehingga 0.9% pada Mei melebihi jangkaan kenaikan 0.5% dan juga kenaikan 0.8% yang direkod pada bulan sebelum itu sekaligus menyokong pengukuhan Dolar Kanada pukul 8.30 malam tadi.

Dari segi tahunan, jualan borong meningkat sehingga 10.1% dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei 2017.

Jualan merekod kenaikan dalam enam daripada tujuh sektor yang mewakili 80% jualan di mana hanya barangan mesin dan peralatan sahaja merekodkan kejatuhan jualan.

Jualan kenderaan bermotor dan alat ganti meningkat sebanyak 1.4% pada Mei berbanding kejatuhan tiga bulan berturut-turut sebelum itu. Secara tahunan, jualan daripada komponen ini mencatat kenaikan 10.8%.

Inventori juga meningkat 0.6%, dengan nisbah antara inventori dan jualan berkurangan daripada 1.29 kepada 1.28 yang mana adalah positif.

Bacaan keseluruhan yang melebihi jangkaan pasaran mengesahkan keadaan yang meyakinkan dalam data jualan borong dengan pengukuhan yang signifikan dari segi jualan kenderaan bermotor.

Keyakinan keseluruhan dalam pertumbuhan ekonomi kekal kukuh dalam jangka pendek, walaupun sektor perumahan masih terdapat risiko yang akan terus diteliti oleh Bank of Canada (BoC).

Reaksi pasaran juga agak signifikan dengan USDCAD melemah berikutan pengukuhan Dolar Kanada. Selepas sahaja data dikeluarkan USDCAD jatuh sehingga 38 pip setakat ini pada pukul 10.15 pm.

The post Jualan Borong Kanada Naik 0.9% Pada Mei Melebihi Jangkaan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTrD0L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.