ASUS X399 ROG Zenith Extreme – Papan Induk AMD Ryzen Threadripper Pertama Bersaiz E-ATX
Siri CPU AMD Threadripper bakal hadir di pasaran tidak lama lagi, dan walaupun beberapa papan induk untuk CPU paling berkuasa dari AMD tersebut telahpun diumumkan, banyak maklumat mengenai komponen-komponen ini masih tidak diketahui lagi, sehinggalah sekarang.
Beberapa gambar papan induk E-ATX terbaru daripada ASUS, iaitu ASUS X399 ROG Zenith Extreme sudahpun tertiris ke arena web beberapa hari sebelum tarikh pengumumannya. Papan induk ini dilihat merupakan papan induk pertama yang bersaiz E-ATX ini untuk CPU Threadripper, dan hadir dengan aksesori dan ciri-ciri yang biasa dilihat pada papan-papan induk kelas teratas dari ASUS.
Ini termasuklah sebuah OC Panel dengan paparan LCD, braket pemegang untuk kad grafik, kad untuk sambungan 10GbE (Gigabit Ethernet) dan juga kad sambungan DIMM.2 untuk SSD M.2 dengan kelajuan penghantaran data setinggi 32Gbps.
Sama seperti papan induk siri HEDT dari Intel, papan induk ASUS X399 ROG Zenith Extreme ini hadir dengan lapan slot memori DDR4 yang mampu menyokong konfigurasi memori quad-channel tanpa sebarang masalah.
Dalam pada itu, papan induk ini juga mempunyai empat slot PCIe yang diperkukuhkan untuk menyokong kad grafik yang bersaiz besar, dan hadir untuk sokongan untuk kesemua kad grafik ini, tidak kiralah dalam konfigurasi AMD CrossFireX ataupun NVIDIA SLI.
Saiz papan induk ini cukup serasi dengan saiz cip pemprosesan AMD Ryzen Threadripper yang mula ditunjukkan di acara Computex beberapa bulan yang lalu. Buat masa ini, tarikh kehadiran dan juga tanda harga papan induk ini masih belum diketahui lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vAtpG1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment