Hi! Welcome Back and Stay Tune! Manchester United Tundukkan Real Madrid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Manchester United Tundukkan Real Madrid


MANCHESTER United berjaya menewaskan Real Madrid dalam perlawanan pra-musim melalui penentuan penalti selepas permainan terikat 1-1 dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa awal pagi ini.

Sebelum itu, United terlebih dahulu di depan apabila Anthony Martial berjaya melepaskan diri daripada kawalan empat pertahanan Real sebelum Jesse Lingard mudah menolak masuk bola hantarannya.

Bagaimanapun, harapan penyokong untuk melihat United menang mudah tidak kesampaian apabila Victor Lindelof menjatuhkan Theo Hernandez dan membolehkan Casemiro menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Permainan yang tamat dengan kedudukan -1-1 memaksa penentuan dilakukan menerusi sepakan penalti.

Meskipun kedua-dua pasukan dibarisi pemain bertaraf bintang, namun nasib ketika sepakan penalti tidak begitu baik apabila Martial gagal menyempurnakan sepakan pertama buat United.-mStar

Malang sama bertukar kepada Real, sebelum United berjaya menamatkan keseluruhan permainan dengan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Jose Mourinho.



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gWt4dv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.