Diugut Pancung Dan Rogol, Siti Kasim Lapor Polis
Aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang dikatakan mengajak orang lain memancung kepalanya.
Lebih dikenali Siti Kasim, beliau berkata ugutan lain ialah pancung kepala, rogol dan simbah asid ke muka, lapor New Straits Times.
Katanya, ugutan dalam media sosial itu dianggap serius kerana ada pengguna akaun yang menyahut cabaran, malah bertukar nombor WhatsApp untuk berbincang.
“Ada netizen menjawab dan menyahut cabaran, mereka bertukar nombor Whatsapp, orang lain pula menyebut supaya tidak berbincang hal itu di media sosial kerana ia boleh dibaca orang lain,” katanya.
Ancaman pada 3 Julai dan 19 Julai lalu berikutan pendiriannya berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang didakwanya disalah petik sebuah laman web.
Siti Kasim tidak mendedahkan laman web tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis. - MalayMail
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eH3Z5D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment