Hi! Welcome Back and Stay Tune! [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berunding dengan pihak syarikat pengedar kereta AGR Auto Trade Sdn. Bhd. (AGR) pada pagi Isnin bagi menyelesaikan kemelut antara pemilik kereta dengan syarikat terbabit.

Kata Yusuf, pihak PPIM hadir bagi menemani mangsa untuk mengambil kunci pendua untuk membantu mereka mendapatkan kembali kereta dan bukannya bertujuan untuk melakukan provokasi.

“Harap tidak berlaku pertelingkahan, hanya datang nak berdamai dan ambil kunci,” ujarnya.

Ketika rundingan tersebut, Yusuf mencadangkan agar laporan hitam putih dibuat oleh semua pihak yang terlibat untuk rujukan masa akan datang.

“Bila dah bagi pada pemilik kereta, pastikan mereka buat satu laporan dan setiap kereta perlu ada sekurang-kurangnya tiga laporan yang merekodkan kereta sudah dipulangkan.

“Satu laporan daripada tuan (AGR), mangsa dan penyewa. Kalau tuan bersetuju, perkara ini tidak akan berpanjangan,” katanya kepada AGR melalui rakaman penstriman langsung di Facebook.

Difahamkan, pihak PPIM sudah diingatkan oleh pihak polis agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika proses rundingan dilakukan antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, isu mengenai perkara ini tercetus apabila 23 pemilik kereta mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan dan buntu selepas menerima notis hutang daripada pihak bank.

Mereka tampil bagi menuntut semula kenderaan masing-masing yang ditempatkan di sebuah pusat penyimpanan kenderaan di Kajang, Selangor.

Sumber: Mstar

 



Sumber [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gX2EZk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.