“Aku ingatkan selama ni ibu layan isteri aku baik..derhakakah aku kepada ibu?” – 6 tahun tunggu nak dapat anak akhirnya isteri gugur kerana perlakuan ibu dan kakaknya..
Salam semua.aku tak tahu lah keputusan yg aku buat ini makan diri aku atau sebaliknya.syurga buat anak dibawah tapak kaki ibunya,syurga isteri terletak daripada suaminya.
Mungkin alasan itulah isteri aku diamkan diri selama ni.Aku baru tahu sebelum puasa tempoh hari.Selama ini,aku sentiasa diamkan diri sebab nak jaga hati semua pihak .kadang2 aku tegur ibu aku tp bila aku suarakan ,mesti ibu akan ckp,kalau aku tak tahu ,jgn pandai2 jatuh hukum.
Isteri aku seorang suri rumah ,kami masih tiada anak walaupom hampir 6 tahun kahwin.Bagi aku takpe,mungkin tiada rezeki lagi.
Walaupom kami suami isteri tinggal asing2 dari keluarga tp ibu dan kakak aku selalu berkunjung ke rumah dengan alasan,mereka bosan.kakak aku tu masih belum kahwin dan tinggal dgn ibu.Aku ingatkan selama ini,ibu melayan isteri aku dengan baik sebab isteri tidak pernah bercerita apa2 pom .
Nak dijadikan cerita ,sebelum puasa hari tu,ibu ayah dan kakak aku dtg ke rumah.Masa ni aku bekerja,yg ada kat rumah isteri aku sorang.Kira mcm biasa isteri layan mereka.
Rupanya dorang dtg bukan takat nak berkujung tapi sekali pakej mengata dan mngeji isteri.Dikata isteri aku mandul dan suruh isteri pujuk aku untuk kahwin lain.Isteri juga dituduh pemalas sebab tak kerja mharpakn duit aku je.
Apa yg aku tgk,isteri diam je sambil hidangkan air.Sebab isteri diam,kakak aku siap tolak2 isteri .aku dpt lihat tu semua sebab ayah aku call mintak balik rumah sebab nak aku tgk keadaan sebenar.Rupanya selama ini,ayah aku dah nasihatkan ibu Cuma ibu masih berkeras katanya aku layk dapat yg lg bgs dr isteri.
Jatuh air mata lelaki aku masa tgk isteri kena tunjal2 mcm tu.Masa aku masok rumah,ibu dan kakak aku memang terkejut dan terus ckp isteri aku ni kurang ajar sebab melawan ckap.
masa nilah,aku tinggi suara dan ckp pada ibu kalau mcm ni gaya,baik doarng jgn datang rumah aku.Isteri cuba tenangkan aku tp aku dah hilang sabar hampir2 aku menampar kakak aku sebab katanya aku dh kena guna2 oleh isteri.
Ayah pulak menenagkan ibu dan ckp ,kita tak payah masuk campur urusan dorang,dah bnyak kali aku nasihatkan korang berdua.Ibu pulak sama masih menolak2 isteri sampai isteri jatuh.Masa jatuh tu,aku tgk ada darah kat kain isteri.
Aku terus angkat isteri dan bawak ke hospital.Siapa sangka rupanya isteri tgh mengandung baru 2 bln lebih.Dia sendiri tak tahu dia mengandung tp rezeki kami takde ,sebab gugur mungkin dr masa jatuh tu.
Isteri ok je tp mungkin sedih sebab kami tunggu hampir 6 tahun. Masa aku blk rumah,kakak dan ibu msh ada,yg buat aku terkilan dorang buat mcm takde apa2 berlaku,even Tanya keadaan isteri pom tidak.Allah sedih aku.ibu ada cakap kalau aku keluar pergi hospital,aku bkn lg anak lelaki dia.
Ayah aku siap marah ibu tp ibu Tarik muka.aku terus keluar rumah .Esoknya aku blk rumah,tgk ibu kakak dan ayah aku takde.Ayah sempat call pg tu katanya dia dah nak balik.
Petangnya aku cuba call ibu tp tak jawab.Bulan puasa kami ada balik jenguk mereka sambil nk berbuka sama ,tp mereka anggap kami suami isteri tak wujud.hanya ayah yg rajin melayan aku borak dan katanya sabarlah.ayah dah puas nasihat ibu tp keadaan masih tak berubah.
Sebab raya thn ni giliran rumah aku,kami balik jugak even ibu masih marah aku.Apa yg isteri aku masak,ibu dan kakak tak sentuh,siap buang makanan katanya entah2 ada ubat guna2 dlam ni.Nasib baiklah adik beradik yg lain pujuk isteri dan mintak bersabar.
Hari raya,aku rasa mcm nak bawak isteri aku lari jauh2 sebab masa kami nak bersalam,ibu terus bangun dan ckp dia takda anak lelaki mcm aku.Aku cuba peluk ibu tp ibu keraskan bdn.katanya kalau aku nak ibu maafkan,ibu mintak aku tinggalkan isteri.
Allah sedih aku dgr,petang tu aku terus ajak isteri balik .Kami balik ptg tu sampai hari ini,aku masih tak hubungi ibu.Isteri aku hanya diam Cuma dia kata,kita sebagai anak kena mngalah,takot derhaka .
Aku taktahu nak buat mcm mana dah.aku sentiasa berdoa agar ibu berubah.aku tak tahu apa yg dah meracun fikiram ibu sampai buat kai mcm ni.Kalulah ibu masih berkeras mintak aku tinggalkan isteri,aku tak mampu .Derhaka kah aku ??
Sumber: KRT
Sumber “Aku ingatkan selama ni ibu layan isteri aku baik..derhakakah aku kepada ibu?” – 6 tahun tunggu nak dapat anak akhirnya isteri gugur kerana perlakuan ibu dan kakaknya..
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u56TqT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment