Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alumni Parlimen Mahasiswa Terima 'Offer' Jadi Calon PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alumni Parlimen Mahasiswa Terima 'Offer' Jadi Calon PRU14





Alumi Persidangan Parlimen Mahasiswa mungkin akan diberi peluang untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 bagi mewakili Barisan Nasional.

Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Seri Idris Jusuh berkata, cadangan itu berdasarkan kemampuan, kebolehan dan sifat kepimpinan yang ditunjukkan ahli alumni Persidanan Parlimen Mahasiswa.

"Kita sudah bincang dengan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman. Parlimen Mahasiswa ini telah berlangsung selama tiga tahun, mungkin ada mereka yang layak. Kita akan kemukakan nama mereka.

"Kita perlu mengambil orang-orang muda untuk menjadi pemimpin masa depan. Ini baru cadangan dan kita serah kepada Mubarak untuk pelaksanaan," kata Idris selepas menghadiri sesi 'Soaring Upwards' bersama-sama 212 ahli Persidangan

Alumni Persidangan Parlimen Mahasiswa yang dimulakan sejak tahun 2015 mempunyai kira-kira 600 keahlian dan dilaksanakan oleh Mubarak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada sesi 'Soaring Upwards' yang berlangsung selama tiga itu pelajar turut berkesempatan untuk bertanya pelbagai soalan berkaitan mahasiswa kepada Idris.

"Saya amat teruja melihat kemampuan pelajar-pelajar kita di universiti yang nampak lebih terbuka. Tanya apa sahaja soalan yang ingin ditanya.  Ini merupakan autonomi yang telah diberi kepada universiti.

"Inilah produk yang ingin kita lihat dan pendedahan mereka di Parlimen yang dahulu tidak ada, masuk ke dalam Parlimen berdebat seolah-olah mereka merupakan ahli parlimen mengambarkan kematangan pelajar-pelajar kita di universiti," kata Idris.

Parlimen Mahasiswa 2017 dimulakan dengan bengkel dan simulasi sidang parlimen pada 14 hingga 16 Julai diikuti raptai pada 17 Julai dan dua hari persidangan pada 18 dan 19 Julai yang diadakan di Dewan Rakyat sementara di Parlimen.

Tema untuk tahun ini adalah mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Negaraku.

Parlimen Mahasiswa 2017 disertai lebih daripada 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan enam buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Setiap IPT menghantar 10 orang wakil iaitu 5 terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 5 orang lagi dipilih oleh pihak universiti.

- UTUSAN ONLINE

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqq12N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.