“Itu prosedur bedah buang ketulan, bukan pembedahan kosmetik” – Raja Ilya tertekan dengan kritikan netizen tuduhnya sanggup membelakangkan agama demi watak superhero Hollywood
Menyangkal dakwaan dia sanggup melakukan pembedahan kosmetik agar penampilannya kelihatan cukup sempurna dalam watak adiwira menerusi naskhah Hollywood pertama lakonannya, Raja Ilya, 32, memberitahu dia tidak akan sama sekali membelakangkan agama demi mencipta nama pada peringkat antarabangsa.
Apa yang akan dilakukannya sebagai persediaan untuk berlakon dalam filem Marvel itu hanyalah prosedur EMS (Electric Muscle Stimulation) untuk menghasilkan otot tubuh sesuai dengan watak yang akan dilakonkan.
“Saya tiada banyak masa untuk berlatih di gimnasium dan dengan cara itu saja dapat membina otot dengan cepat. Sekarang memang banyak rawatan tubuh disediakan di beberapa klinik,” katanya.
Kata pemilik nama sebenar, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, pembedahan yang dimaksudkan adalah prosedur membuang ketulan atau ‘nodules’ yang dihadapinya sejak tahun lalu dan bukanlah pembedahan kosmetik.
“Saya masih ada agama dan kepercayaan tidak pernah berubah. Saya tertekan dengan kritikan netizen yang suka membuat tuduhan melulu.
Sumber: Metro
Sumber “Itu prosedur bedah buang ketulan, bukan pembedahan kosmetik” – Raja Ilya tertekan dengan kritikan netizen tuduhnya sanggup membelakangkan agama demi watak superhero Hollywood
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u0aBRL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment