Milo Kini Menawarkan Gelang Tangan Kecergasan Memfokuskan Kanak-Kanak
Milo merupakan salah satu minuman yang tidak asing bagi pengguna tempatan. Kini, mereka membuat kejutan dengan memperkenalkan gelang tangan pintar memfokuskan kecergasan khusus untuk kanak-kanak dinamakan sebagai Milo Champion Band.
Melalui penyenaraian di Lazada, Milo mengatakan ia khusus untuk kanak-kanak yang berumur antara 7 ke 12 tahun. Menggunakannya, anda boleh menyemak langkah yang diambil oleh anak anda setiap hari, menyemak waktu aktif, kalori yang terbakar dan sebagainya.
Data yang dikumpulkan juga boleh diakses melalui aplikasi MILO Champion – sekaligus mendapatkan kandungan tambahan unik untuk tumbesaran anak yang lebih sihat.
Bagi anda yang berminat dan inginkan suatu gelang tangan kecergasan khusus untuk anak anda, mungkin boleh mendapatkan ia daripada Lazada pada harga RM139.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ttOCA0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment